leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Fly High & Get Rewarded
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan untuk mendalami budaya baru, bersosial serta mengagumi keindahan negara itu ...
Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan untuk mendalami budaya baru, bersosial serta mengagumi keindahan negara itu sendiri. Tambahan pula, ia memberi banyak manfaat. Setiap dari kita mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian.


Origami by 'ojisan' japanese granpa


Kenapa dengan hanya melancong boleh mengubah pendirian seseorang sehingga 360 darjah? kerana terdapat banyak perkara yang kita dapat pelajari semasa travel. Antara pengalaman yang saya dapat sepanjang perjalanan ,mengalami detik-detik indah sepanjang travel, berkenalan dengan 'stranger' dari seluruh pelusuk dunia, dan dapat menerokai keindahan yang sangat eksotik yang tidak pernah difikirkan dengan akal. Dan penagalaman sebegini harus dirasai oleh semua orang.



Osaka Jepun,musim luruh 2016


Musim panas di korea 2016




Pjaz tidak pernah peduli atau cemburu bila rakan-rakan beli kereta baru, beli baju baru 'upgrade' rumah baru, tapi pjaz akan terasa hati serta cemburu bila melihat rakan-rakan yang 'checked-in' di lapangan terbang untuk travel.


Hanbok, musim luruh Korea 2015


Melancong menjadikan pjaz lebih bahagia dari segala-galanya, tidak kira melancong keluar negara atau hanya melancong di dalam negeri. Keseronokan melancong dapat memberi 'input' serta 'charge' positif di dalam diri untuk lebih berdikari serta lebih berkeyakinan. 


Bila merancang untuk melancong samada di dalam atau luar negeri, perkara yang paling dirisaukan adalah 'DUIT'. Di era ekonomi yang tidak menentu mekarang ni pjaz terpaksa mengumpul wang dan mewujudkan beberapa tabung khas untuk melancong. Berpegang dengan kata-kata  'Travel More  Pay Less' membuatkan lebih bekerja keras untuk menyimpan dan berangan-angan untuk travel lebih jauh. Dengan tagline 'Everyone Can Fly xtra long' oleh AirAsia tiada yang mustahil utnuk meneroka negara-negara yang diimpikan. Teringat kata-kata CEO AirAsia Mr Tony "It's a dream come true for us. A few years ago we were just a two-plane operation and now we have our own home." Begitu juga dengan melancong bila kita berkeinginan dengan sesuatu, teruskan usaha nescaya perjalanan travel akan lebih bermakna.

Persediaan tabung hijau untuk jelajah 1 jepun 2018 bersama AirAsia X

Ini adalah salah satu cara pjaz menabung untuk travel, tabung duit hijau atau dikenali sebagai 'tabung katak' . Bila travel, kamera kompak wajib dibawa ketika melancong. Setiap inci langkah mesti ada yang menarik untuk diambil gambar buat kenangan. Pjaz akan buat satu photobook khas setiap negara yang dilawati untuk tatapan masa depan. Bagi  jurugambar profesional mahupun amatur inilah masanya anda merakam serta mengambil gambar ketika melancong.


Full moon,(Umeda Sky Building) Osaka Musim luruh 2016

Tak sah kalau tak makan nasi lemak pak nasser. Sebelum penerbangan anda boleh menempah 'pre book inflight meals' di dalam web airasia, terdapat banyak pilihan makanan yang ditawarkan. Harga pun berpatutan, berbaloi pilih nasik lemak pak nasser, yummy!

Bila pjaz merancang untuk melancong, biasanya pjaz akan 'alert'  promo mana-mana penerbangan tambang murah terutamanya AirAsia dan AirAsia X.  Inilah cara pjaz merancang perjalanan ke Seoul(2015 dan 2016), Osaka Jepun (2016 dan 2017) menaiki AirAsia X. Pengalaman setiap kali  menaiki AirAsia X sangat mengujakan dengan fasiliti yang diberi sangat hebat, anak-anak kapal serta pilot yang sangat ramah. Paling seronok, meal in flight yang disajikan sangat sedap  terutama nasi lemak pak nasser.
Walaupun menempuh perjalanan sehingga 6 jam, keselesaan yang diberi kepada penumpang sangat berbaloi. Tambahan pula AirAsia merupakan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia
oleh Skytrax. 

Airasia X dikendalikan untuk penerbangan jarak jauh lebih dari 4 jam penerbangan. Menggunakan Airbus A330 yang mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 377 penumpang dengan kelas ekonomi dan kelas premium. Jika mahukan perjalanan yang lebih memukau sila booking siap-siap seat sebelah tingkap, pemandangan yang disajikan lebih mahal dari tiket yang anda beli. Pengalaman sebegini membuatkan  pjaz  terus memilih menjadi penumpang setia  airasiaX dan ingin terus mengembara kesemua destinasi yang ditawarkan oleh AirasiaX.

Pengalaman menaiki Airasia X setanding dengan penerbangan dunia yang lain. Dan setiap orang ada pilihan masing-masing untuk menghilangkan kebosanan dengan cara yang tersendiri. Pjaz akan kongsikan beberapa tips sepanjang penerbangan jarak jauh ni untuk mengurangkan kebosanan dengan cara yang paling mudah. Tips yang pertama, biasanya untuk perjalanan jarak jauh, pjaz akan menempah seat tepi tingkap. Ini akan mengurangkan kebosanan sepanjang penerbangan. Anda juga boleh mengambil gambar pemandangan jika duduk di tepi tingkap, sangat berbaloi. Tips yang kedua, pjaz galakkan anda bawa bahan bacaan seperi novel atau majalah. Paling penting bila menaiki airasiaX, pjaz wajib akan baca Travel 3Sixty Magazine, banyak destinasi baru dikongsi beserta tips. Tips yang ketiga, pjaz akan setkan siap-siap lagu kegemaran serta movie yang akan ditonton ketika penerbangan. Penerbangan jarak jauh akan membuatkan otak kita menjadi letih, jadi bila ada 'entertainment' badan dan otak pun akan lebih segar. 
Bila penerbangan selesa maka perjalanan anda pun akan lebih mudah. 



Spring, osaka 2017



Jadi rancanglah perjalanan anda seberapa banyak yang boleh, mengembaralah ke  serata pelusuk dunia selagi boleh yang mana akan memberi anda satu pengalaman yang bernilai dalam hidup serta belajar mengenal diri anda. 'Pack and go travel' yang diimpikan menjadi satu realiti bila dapat melawat korea dan japan dari tahun 2015-2017

Antara destinasi yang ditawarkan oleh AirAsia X :

 Japan
(Sapporo, Tokyo, Osaka)


 South Korea
(Seoul and Busan)

 Taiwan

(Taipei)

China

(Xi’an, Beijing, Hangzhou, Chengdu, Shanghai, Chongqing, Wuhan)

India

(New Delhi)

 Nepal

(Kathmandu)

 Australia

(Sydney, Melbourne, Perth and Gold Coast)

 New Zealand

(Auckland)

 Middle East

(Jeddah, Madinah, Tehran)

 USA

(Hawaii)


Bagi pjaz yang suka melancong dengan bajet yang kecil, kelas ekonomi yang ditawarkan oleh AirAsia X sangat selesa dan berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Bagi yang inginkan keselesaan optima sepanjang penerbangan, anda boleh memilih Premium Flatbeat seat yang ditawarkan oleh Airasia X dan anda boleh menikmati pelbagai faedah yang berikut: 






Seperti yang kita tahu Airasia X telah melancarkan “Fly High and Get Rewarded” contest untuk para Airasia blogger community dan juga orang ramai. Contest ini berlansung dari 19 June sehingga 16 July 2017. Bagi yang suka melancong jangan lupa sertai contest ni, bak kata orang 'tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia sapa yang tahu'.


Caranya? mudah saja


 Sign up sebagai Member Airasia

 Tempah tiket dari 9 Jun - 16 Jul 2017 dan melancong dari 20 Jun - 30 Nov 2017

Kempen ini hanya sah jika anda terbang ke salah satu destinasi AirasiaX (D7 sector) 


Sebagai contoh:



Jadi apa tunggu lagi, untuk segala informasi dan pertanyaan sila klik link dibawah





About Author

Advertisement

Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment

 
Top