leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Biliary Atresia Dalam Kalangan Bayi
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Biliary Atresia hempedu atau biliary atresia (BA) adalah sejenis penyakit serius yang dilaporkan seluruh dunia, antara 1 dalam 8,000 h...
Biliary Atresia hempedu atau biliary atresia (BA) adalah sejenis penyakit serius yang dilaporkan seluruh dunia, antara 1 dalam 8,000 hingga 15,000 bayi yang baru dilahirkan. BA menyebabkan gangguan kepada aliran hempedu yang boleh mengakibatkan masalah kesihatan serius.


Hempedu ialah cecair yang dihasilkan oleh hati untuk membantu penghadaman dan penyerapan lemak dan vitamin larut lemak dalam usus kecil. Hempedu juga membantu membawa bilirubin dari hati ke usus untuk dikumuhkan.

Duktus hempedu yang sihat dan normal – di dalam dan di luar hati – membenarkan hempedu untuk mengalir dari hati ke pundi hempedu, sebelum hempedu dikumuhkan ke dalam usus untuk menjalankan fungsinya.

Namun begitu, apabila seorang bayi menghidap BA (Biliary Atresia), duktus hempedunya tidak ada, rosak atau tersekat. Aliran hempedu yang terjejas menyebabkan kerosakan hati, lantas menjejaskan banyak fungsi badan pada masa yang sama. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Punca BA masih tidak diketahui, tetapi dipercayai disebabkan oleh pelbagai faktor. Yang diketahui setakat ini adalah BA tidak diwarisi, dan jarang dialami lebih daripada sekali dalam keluarga yang sama. Ia juga tiada kaitan dengan ubat yang diambil oleh wanita semasa hamil.

Penyakit ini dapat dikesan seawal bayi berusia 2 ataupun 3 minggu dilahirkan. Tanda-tanda penyakit Biliary Atresia ini ialah seorang bayi itu akan mengalami keadaan-keadaan berikut. Antaranya ialah:

  • Masalah kuning ataupun jaundis yang berpanjangan.
  •  Najis yang berwarna pucat.
  •  Air kencing bayi akan berwarna kuning pekat.
  •  Kerapkali menangis.
  •   Seorang bayi itu sukar tidur lena.
  •  Pembesaran hati dan juga limpa. 

Rawatan untuk BA(Biliary Atresia)

 Penyakit atresia hempedu tidak boleh dirawat dengan ubat. Satu-satunya rawatan barisan pertama untuk memperbaiki aliran hempedu dan mengurangkan demam kuning ialah prosedur pembedahan yang dinamakan Kasai portoenterostomi. Sebelum prosedur ini diperkenalkan, kadar kematian bagi BA ialah hampir 100%.

Kasai Presedure
 


Prosedur Kasai
  • Dilakukan untuk membentuk duktus terbuka untuk menetapkan semula aliran hempedu daripada hati kepada usus.
  • Duktus rosak di luar hati dibuang dan digantikan dengan gelungan usus bayi itu sendiri. Ini membolehkan hempedu mengalir dari hati ke usus.
  • Prosedur ini bukan penawar bagi BA, tetapi selagi hempedu terus mengalir, kemungkinan survival jangka panjang.
Pemindahan hati
  • Pilihan ini perlu dipertimbangkan apabila prosedur Kasai tidak berjaya (masih belum cukup aliran hempedu).
  • Ia merupakan rawatan yang diterima dengan baik bagi kanak-kanak BA dan penyakit hati peringkat akhir.
  • Hati yang rosak dikeluarkan dan digantikan dengan hati baru daripada penderma.
  • Ramai kanak-kanak kekal sihat dalam jangka panjang selepas pemindahan; penjagaan berterusan diperlukan.

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top