leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Perubahan Jadual Imunisasi MMR 2016
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
lmunisasi measles (demam campak) telah mula digunakan pada tahun 1963 bagi mencegah jangkitan measles dalam kalangan manusia. lmunisasi mea...
lmunisasi measles (demam campak) telah mula digunakan pada tahun 1963 bagi mencegah jangkitan measles dalam kalangan manusia. lmunisasi measles di Malaysia telah bermula pada tahun 1982, yang diberikan kepada kanakkanak berumur sembilan (9) bulan. Pada tahun 2003, Malaysia telah membuat komitmen kepada Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Manila, Filiprna untuk mencapai status eliminasi measlesmenjelang 2012.

Bagi mencapai usaha tersebut, sejak tahun 2004, dua  dos vaksin measles dalam bentuk kombinasi Measles Mumps-

Rubella (MMR) telah dimasukkan ke dalam jadual Program lmunisasi Kebangsaan. Dos pertama diberikan kepada kanak-kanak berusia satu tahun dan Dos kedua pula kepada murid Tahun Satu di sekolah.

Walau bagaimanapun, pemantauan menunjukkan bilangan kes dan wabak measles dalam kalangan kanak-kanak masih terus meningkat. Dianggarkan 24% hingga 36% daripada keseluruhan kes measles pada tahun 2011 hingga 2015 adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur bawah satu  tahun yang masih belum layak menerima suntikan imunisasi measles, dimana sebanyak 25% hingga 54% kes adalah berumur antara sembilan  hingga 11 bulan.

Berdasarkan data epidemiologi kes measles di Malaysia dan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Jawatankuasa Dasar dan Amalan lmunisasi Kebangsaan telah mengarahkan supaya:


Mulai 01 April 2016, jadual imunisasi measles bagi kanak-kanak yang lahir pada 01 Julai 2015 dan ke atas adalah seperti berikut:-





- Dos pertama imunisasi measles (MCV1) diberikan pada usia kanak-kanak sembilan  bulan
menggunakan vaksin kombinasi Measles-MumpsRubella (MMR).

- Dos kedua imunisasi measles (MCV2) diberikan pada usia kanak-kanak 12 bulan menggunakan vaksin kombinasi Measles-Mumps-Rubella (MMR)


Bagi kanak-kanak yang lahir sebelum 1 Julai 2015, jadual imunisasi measles adalah seperti berikut:-


- Pemberian MCV1 adalah pada umur 12 bulan.

- Pemberian MCV2 kepada murid sekolah Tahun Satu diteruskan sehingga tahun 2021

- Pemberian MCV2 kepada murid sekolah Tahun Satu akan diberhentikan pada tahun 2022.



Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top