leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Travel Korea Day2 - Seoul Part #4- Mencari Cinta di Pulau Nami
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Annyeong.. Bila sampai ke Korea tak sah kalau tak datang ke Pulau Nami  @ Nami Island boleh la 'fefeling' romantik kat sini....
Annyeong..


Bila sampai ke Korea tak sah kalau tak datang ke Pulau Nami @ Nami Island boleh la 'fefeling' romantik kat sini..heheh

Siapa masih ingat drama Korea yang berjudul Winter Sonata yang pernah ditayangkan di TV pada tahun 2000? Mase ni baru darjah 4 tau,hahah, dan drama ini mencatat rating sehingga 1.2 juta penonton untuk setiap episod ketika itu? Jika tanya pada yang tak pernah tengok drama tu, sekurang-kurangnya pasti pernah dengar tentang drama Winter Sonata yang menjadi bualan gadis-gadis pada ketika itu. Di sinilah lokasi penggambaran salah satu babak romantis dijalankan. Pulau nami terletak di tengah Sungai Han tetapi agak jauh dari Pusat Bandar Seoul.  

Pulau ini dinamakan Nami bersempena nama General Nami yang sangat berani ketika berperang tetapi malangnya beliau tewas pada ketika umurnya 26 tahun. Bagi mengingati beliau sebagai antara pahlawan yang teragung di Korea, ada terdapat sebuah makam Jeneral Nami dibina di pulau ini.


Kalau korang nak ke Pulau Nami, better naik ITX, boleh jimat masa kalau guna laluan biasa makan masa lebih kurang 3 jam, ITX sejam je,


Tukar subway Line 1 ke Cheongnyangni Station

Cheongnyangni Station

Bila sampai di Cheongnyangni Station, korang kena keluar dulu dari Seoul Subway, naik escalator pandang kanan tadaaa, train dari sini akan bawak korang ke Pulau Nami.

 Tukar train ITX ke Gapyeong



 



Kalau was-was nak beli tiket, ada petugas yang akan tolong, tiket sehala ke Gapyeong Station lebih kurang 4000won. Kalau korang ada luck boleh la dapat yang ada seat, masa ni kiteorang kena berdiri je sebab yang seat dah habis, sambil tunggu train boleh la korang lepak-lepak kat luar station ni, acah-acah romantik duk kejar burung kat luar,,hahha



Berbaju Kurung ke Pulau Nami, fefeling kena sopan, nak jalan laju-laju pun takleh..hehe


Tepat Jam 0846 kami naik Train dari Cheongnyangni Station ke Gapyeong Station. Disebabkan seat bernombor habis, makan berdiri lah jawabnya, sambil-sambil tu korang boleh layan pemandangan kat luar tambah plak musim luruh, memang cantik giler.

 

 Lebih kurang sejam berdiri 'plus,minus ngantuk lapar bagai' maka sampailah kiteorang kat Gapyeong Station, Yeahhaaaa..hahhaha,

Gapyeong Station
Tourist Information Counter

Sampai di Gapyeong Station, kiteorang terus ke Tourist Information Counter, duk cakap ngan ahjussi, buat-buatla faham,hehhe dia duk explain pasal route bas, angguk faham acah-acah dah cair cakap korea ni..hahha

 

Kebanyakan orang yang malas nak tunggu bas akan amik teksi, disebabkan kiteorang ada kupon dari KTO dah jimat 5000won, tunggu jelah bas sampai datang. Harga terbaru untuk Gapyeong City Tour Bus 6000won.

Masa duk sibuk bergambar depan stesen gapyeong, ahjussi dekat information counter tadi siap tolong ambilkan gambar kteorang,  memang baik giler.









Sementara duk tunggu bas datang, ape lagi 'snap,pose,snap,pose,haha'

 

 

 


 


Bagi yang takde tiket dari mana-mana kupon, boleh beli direct dengan ahjussi dalam bas tu hanya 6000won, korang akan diberi satu keratan untuk korang simpan, jangan bagi hilang nanti terpaksa bayar 6000won lagi. Kupon tu korang boleh guna untuk semua tempat dalam gapyeong tour.

 
Yeay!! Dah sampai Nami Island, turun dari bas berkejaran ke kaunter tiket sebab orang makin ramai..hehehhe
 
Bayaran untuk masuk hanya 8000won, sila tunjuk pasport untuk dapat diskaun. Nak masuk ke Nami Island ada 2 cara, dengan menaiki feri dan satu lagi dengan Zipline hanya 38000 seorang. Agak mahal tapi pastinya berbaloi. Nak naik Zipline tapi tak berani, ikut jalan darat lah ye..haha.



Dah sampai Kat Pulau Nami, bermulalah pengembaraan mencari cinta di Nami,,hahhaha. Kalau datang sini 1000++ keping gambar sehari tak mustahil kan,,hahha

Kat sini kalau korang nak sewa basikal boleh sewa 3000won sejam, kiteorang jalan kaki je, nak naik basikal 'failed' sebab pakai baju kurung, tak pasal-pasal 'seksa' nengok..hihi .Aktiviti berbasikal ini diwujudkan bersempena salah satu scene drama Winter Sonata dimana heronya (Jun Sang) membawa heroinnya (Yu Jin) bersiar-siar disekitar Pulau Nami.

 


 
 

Wajib bergambar kat sini..hehhe

Meja kayu ni tempat Jun Sang dan Yu Jin membentuk Snowman, di lokasi Jun Sang dan Yu Jin berpegangan tangan menyelusuri jalan diantara barisan pokok, alahai 'sawit' sangat..hehhee

 Bila dah dapat jejakkan kaki ke Pulau Nami sendiri, tak sah kalau tak cuba sendiri Nasi Goncang yang sering disebut-sebut ini, tapi kiteorang tak try pun, sebab nak makan benda lain. Beli pau gebu gebas je ngan ahjumma, 1000won..hehhehehe

Kat sini pun ada kedai cenderamata kot-kot korang nak beli keychain atau notebook nami island. Tapi harga agak mahal sikit, mampu tengok jelah..hehhe

Total gambar kat Nami Island haritu tak silap dalam 1000++ keping *sigh* haha
memang rugi kalau tak ambil gambar sepuas-puasnya, entah bila plak boleh mai kan..hehhe



Hala tuju seterusnya, Petite France..

 Total Cost Lost

ITX - 4000won (single journey)
Tix Gapyeong City Tour- FREE ( save 5000won)
Entrance Nami Island- 8000won
Pau gebu gebas- 1000 won
Aiskrim - 2000 won

Selamat mengembara =)


About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top