leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Travel Korea Day2 - Seoul Part #3- Itaewon
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Anyeong!! Bila dengar Itaewon, mesti korang dapat bayangkan komuniti muslim kat Seoul kan dan tak sah kalau korang tak melawat dan singgah...
Anyeong!!

Bila dengar Itaewon, mesti korang dapat bayangkan komuniti muslim kat Seoul kan dan tak sah kalau korang tak melawat dan singgah solat di Seoul Central Mosque. Makanan halal pun bersepah je kat sini, tak perlu risau, harga pun memang cun,,hahah,, bab-bab makan jangan berkira nant rugi..hihi



Itaewon Station on Subway Line 6, Exit 3



 
Sekitar laluan di Itaewon menuju ke Masjid Seoul.
 
Suasana di Masjid Seoul lepas waktu Maghrib
 
Dari Itaewon Station ke Seoul Central Mosque, korang kena berjalan sikit lebih kurang 20 minit jugak la, dengan jalan yang agak berbukit untuk sampai ke sana. Masjid ni berhampiran dengan Spa Itaewon Land. Bila dah sampai kat Seoul Central Mosque ni, lega rasanya sebab dapat solat dekat masjid walaupun bukan kat negara sendiri. 
 
Berhadapan Seoul Central Mosque
Bagi kaum adam yang nak solat boleh terus naik ke tangga utama untuk solat, bagi kaum wanita, kalau nak ambil wudhuk, kena ambil dekat tandas bahagian belakang masjid, nak solat ada satu pintu khas untuk naik ke ruangan solat wanita. Usai solat asar dan maghrib, ape lagi kami nak pergi makan,,hahha

Banyak pilihan kedai makan yang halal kat sini, tapi kalau korang rasa nak makan makanan korea asli, korang wajib ke Eid Restaurant. Lokasi Eid Restaurant tak jauh pun dari masjid, jalan kaki lebih kurang 5 minit je.
 
 


Pilihan menu ikut hari tau, tapi yang paling femes mestilah bulgogi, harga 10000won termasuk side dish. Selain Bulgogi, bimbibap, grilled fish, samgyetang pun ada kat sini
 
Terpaska tunggu kat luar sebab customer ramai,
Tadaa..Bulgogi yang paling sedap, side dish dia pun best sesuai dengan tekak mixed malay ni..hahha

 

 Happy sangat sebab dapat jumpa makanan,pantang jumpa..heheh, portion dia agak besar jadi kenyang la sampai ke malam. Berbaloi dengan harga, selain tu korang wajib rasa teh Uimeja, 5 flavoured tea, homemade tea. Sedap tapi pelik je rasa,hehhe.


Mak jemah bagi 5 bintang untuk Eid Restaurant ni,



Bye

Selamat mengembara =)


Nota kaki: Terjumpa halmeoni muka seiras arwah nenek kat korea, patutla orang kata kat dunia ni, manusia ada 7 orang yang seiras..



About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top