leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Travel Korea: Lagu Seoul Subway Paling Dirindui
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Anyeong.... Sementara nak selesaikan mendraf untuk entri seterusnya, teringat pulak seoul subway. Sapa-sapa yang pernah pergi Korea pasti...
Anyeong....

Sementara nak selesaikan mendraf untuk entri seterusnya, teringat pulak seoul subway. Sapa-sapa yang pernah pergi Korea pasti akan rindu giler dengan lagu Seoul Subway kan. Tipu kalau korang tak rindu,hahah.. Pjaz siap buat notification whatssup lagi tau, setiap kali mesej masuk, ingat kat Seoul..hahha (serius tak tipu)
 
Kami dalam tren..

Kami dan oppa hensem..hahha
잘생겼어요 ^_^

Paling best pasal seoul subway, ketepatan masa sangat ohsem. Kalau terlewat train pun sekejap je nunggu. Kalau ada rezeki boleh jumpa oppa hensem..kui3.





 


Ada 3 jenis jingle akan dimainkan untuk announcement, yang paling Pjaz suka Line ke Chungmoro, klasik tapi best. Ada yang jenis bunyi trompet, satu lagi yang bunyi macam loceng,,suka je dengar..Setiap kali lagu dimainkan kami turut rentak, almaklumlah kat Malaysia tak de..heheh.

Bila di stesen subway korang akan tengok korean ni jalan laju-lagu kami ni lenggang kangkung je..heheheh.. Diorang buat benda semua nak cepat, palli..palli..palli...Bila nak naik train pastikan korang beratur ye, jangan hentam keromo je. Tapi ada jugak korean yang suka siku-siku orang ni, tak tergamak nak balas balik, hahah.. Sabar jelah. Dan pastikan korang tak duduk di tempat khas untuk warga tua dan OKU tau nanti habislah korang kena ngan ahjummma dan ahjussi..heheh.


Dan paling win, hari-hari korang akan mengadap tangga subway. Hampir nak jadi 'suster ngengsot' naik tangga,,hahah (yang ni real)...


Sekian entri kali ni..

Entri travel Seoul akan bersambung...


About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top