leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Travel Korea Day2 - Seoul Part #2- Namsan Tower
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
 Anyeonggg... Travel Korea Day2 - Seoul Part #2- Namsan Tower. Nak cerita sikit pasal sejarah Namsan Tower tempat wajib kalau korang dat...

 Anyeonggg...

Travel Korea Day2 - Seoul Part #2- Namsan Tower. Nak cerita sikit pasal sejarah Namsan Tower tempat wajib kalau korang datang ke korea, Namsan Seoul Tower adalah sebuah pemancar radio yang terletak di Seoul dan dibangunkan pada tahun 1969, dan dibuka untuk umum pada tahun 1980, tinggi menara ini mencapai 236.7 m (777 kaki) dari dasar dan berada di ketinggian 479.7 m (1,574 kaki) di atas permukaan laut. Kalau korang nak tahu 'padlock' yang couple-couple duk gantung tu kat sini la. 


Kalau korang menaiki Subway, silalah naik Subway line 4 dan stop kat Myeongdong Station pastu keluar ikut Exit 3.

Korang sebelum scroll jemput tengok video tak seberapa ni,,haha

video




 


Lepas naik tangga exit tu ke arah kiri kat depan tu ada 7-eleven dan depan sikit ade Pacific Hotel.
Jalan ke simpang kiri sebelah Pacific Hotel tu terus je jalan sampai macam selekoh ke kiri nampak ada signboard n tangga di seblah kanan jalan, lintas jalan dan naik tangga tu hingga atas dan ke kanan terus lagi jalan sampai la korang akan nampak bangunan untuk naik Cable Car seblah kanan. Gigih tau naik jalan berbukit ni, semput hakak tau..heheh.


Kawasan Namsan ni memang berbukit, jenuh nak daki  tapi puas hati


Masa duk jalan nak ke Namsan Tower, terjumpa Namsan Guest House, tumpang bergambar la kejap kat sini, dekat 30 keping jugak,,hahhaha

Naik tangga lagi, sebelum sampai ke Cable Car, krem kaki nasib baik tak ngensot je,,hahha


 Berjalan lebih kurang 20 minit, sampailah dekat Namsan Cable Car, time ni ramai giler yang duk beratur, biasalah hari minggu,hehe.

Harga tiket cable car hanya 8000won return.



Beratur+selfie= daebak kan,,haha, iolls takleh selfie time tu dah tak de tenaga dah,,haha


 

 Pemandangan dari cable car,,cantikk kan

selfie lagi dalam cable car,ahaha ,tak de lah gayat sangat sebab ditemani pemandangan yang sangat cantik (serius tak tipu)


Yeayh!!dah sampai Namsan Tower
Masa kiteorang sampai kat namsan tower, punya lah ramai orang duk berkerumun macam semut rupanya ada event, siap ada idop kpop tapi tak tahu nama apa, punyalah tanya budak korea sepatah haram dia tak paham,,hahahha




Video yang sempat kiteorang rakam, nak tengok sila tukar kualiti ke HD version, baru clear..not bad la suara diorang..hehehhe..
 
Selain tu ada pertunjukan feyen hanbok ,aigooo memang cantik onnie-onnie ni pakai hanbok moden.comel sangat diorang

Pertunjukan fesyen hanbok
Nak jugak masukk,,hehhee




wahhh,,kat sini memang penuh dengan padlock,takde maknanya nak letak pun,,memori je terpahat,,ekekeke..haha



 

Sebelah tu oppa hensem, cari baik punya port..kahkahkah
kami memang suka selfir macam ni alih-alih ada oppa hensem,, so sorryy,sebab hensem sangat,,hahhaha (ok ni ayat gedik)
 
 



Rindu tau kenangan kat Namsan Tower ni, Kalau korang datang ke Korea jangan lupa datang sini,,hahah..promo sat. Berjam jugak kiteorang lepak sini, kalau korang bercadang nak beli sovenir ada satu kedai ni boleh tahan murah la jugak kalau korang nak keychain atau fridge magnet yang ada tanda 'namsan tower'. Paling murah fridge magnet kat situ, 3 pcs 1000won, pjaz rembat 9set = 9000k..hehhehe.

Lepas melepak dekat namsan tower, kiteorang menuju ke Itaewon..
Ada ape kat Itaewon?

Tunggu entri seterusnya tau...

Jalgayo...


Total Lost Day 2:

Cable Car return - 8000won
Fridge Magnet - (3pcs1000won) 9000won
Fridge Magnet - 4000k
Bookmark Namsan - 1000k

p/s: harap maaf entri ni sarat dngan gambar dan video..hahaha


About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top