leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Travel Korea Day2 - Seoul Part #1- Kelas Kimchi di Seoul Kimchi Academy
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Travel Korea Day2 - Seoul Part #1- Kelas Kimchi di Seoul Kimchi Academy-   Kalau ke Korea tak sah tak cuba kimchi. Bila ke korea korang akan...
Travel Korea Day2 - Seoul Part #1- Kelas Kimchi di Seoul Kimchi Academy-  Kalau ke Korea tak sah tak cuba kimchi. Bila ke korea korang akan nampak banyak jenis kimchi yang dijual macam radish kimchi, watery kimchi,old kimchi, kimchi ni kalau korang simpan lama makin best tau, dan kimchi ni salah satu 'feveret' pjaz. Dari sudut kesihatan kimchi ni sebenarnya banyak khasiat, tak hairan ahjumma dan ahjussi kat sana awet muda tau,haha,jengan jeless.
Seoul Kimchi Academy


Kalau korang bercadang nak belajar pembuatan kimchi, haruslah ke Seoul Kimchi Academy, dekat dengan Myeondong dalam JHILL Hotel Tingkat 7. Sebelum pergi, mesti booking dulu melalui emel,nanti kang pergi walk in tak available plak.




 1. From Myeong-dong Station on line 4, go out of exit 6 or 7 and walk down the hill into the Myeong-dong neighborhood about 150 meters until you reach the M plaza building.
2. Pass the M Plaza building and go into the alley on the right (between M Plaza and the Body Shop). You should see the building with Seoul Kimchi Academy on the left. Seoul Kimchi Acadmey is located on the 4th floor of the building. (Address: 21-7 Myeongdong 8-gil).



Emel Seoul Kimchi Academy: kimchischool@naver.com (untuk booking)


Ni laluan subway untuk ke Seoul Kimchi Academy 


Myeondong Station Line 4 Exit 6




Kelas kimchi ada 3 sessi bahasa, English, Mandarin dan Bahasa Jepun. Kiteorang pilih English je sebab bahasa lain memang sepatah haram tak tahu,hehe. Ambil kelas paling awal pukul 10 pagi sebab nak kejar masa ke Namsan Tower. Kiteorang turun dari GuestHouse pukul 9.30 pagi dan sampai di Myeondong dalam pukul 9.50pagi, sempat la kejar masa walaupun sesat nak cari Academy ni. Untuk pengetahuan korang Seoul Kimchi Academy ni terletak dalam JHILL Hotel (F7), kiteorang pun sesat sebenarnya nak cari academy ni,,haha. Mintak tolong ahjussi, memang baik ahjussi ni tolong kiteorang walaupun mula-mula dia bagi direction salah.hahha

Kiteorang sampai kat Seoul Kimchi Academy jam 1015pagi, rupanya ada jugak yang sesat cari tempat ni. legaa..haha.Bayaran untuk belajar buat Kimchi+ Hanbok session hanya 30,000won. Memang berbaloi la, kalau untuk belajar buat kimchi ni.

Untuk pembuatan kimchi korang akan diajar oleh 'seon-saeng-nim', yang akan tunjuk cara dan bahan untuk pembuatan kimchi, seronok sangat kot belajar buat kimchi ni sebab mudah, simple dan sedap sah-sah tekak korea ni..haha.



Haruslah bergambar dulu sebelum start buat kimchi..haha

  


 Onnie-onnie yang cantik ni a.k.a 'seon-saeng-nim' dah sediakan awal-awal bahan-bahan untuk buat kimchi seperti lobak putih, daun bawang dan kubis yang telah di 'fermantasi', tinggal korang buat je.


Tadaaa,,,kimchi kite dah siap
Kimchi yang dah siap akan di 'sealed' dalam packaging cantik macam tu tau..balik GH letak dalam peti pastu boleh la makan..yumyum..


Dah siap kelas kimchi, kiteorang pergi ke ruangan hanbok,,cantik oooo,, raya tahun depan nak pakai hanbok lah,,hahhahaha..boleh la kau..haha

Jangan pengsan tau tengok princess-princess dan king ni..kahkah

Single princess..kahkah
Anyongg,,hahha...


 



Kelakar giler tengok gambar ni..kahkahkah..mohon jangan bash... kembar sesepet..aigoo.. lalu je depan ahjumma/ahjussi diorang tengok lain je kat kite, mungkin ingat kita ni mualaf kot.kami melayu campur tau .hahha.. kes terjadi di kwangjang market, pjaz tengok kat ahjussi tu boleh dia cakap, ' ni hao ma' ok!!!hahhahah.. giler kentang..kahkah

The king and princess,,aha



Total lost cost Day2 

Kimchi Making+hanbok session - 30000won

 

Bersambung lagi entri seterusnya ....

Jalgayoo..


About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top