leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Travel Korea Day1 - Seoul Part #4 -Shopping Di Myeondong
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Annyongggg..  Lepas kami santai-santai dekat Cheonggyecheon  Stream, kami menuju ke Myeondong , untuk shopping barangan kosmetik. Kalau ...
Annyongggg..

 Lepas kami santai-santai dekat Cheonggyecheon  Stream, kami menuju ke Myeondong, untuk shopping barangan kosmetik. Kalau korang nak tahu barangan kosmetik yang dijual di sini jauh lebih murah dari Malaysia. Korang pilih je nak brand ape, semua ada..hehehhe.

 Seminggu kami berada di sana lebih kurang 3-4 kali jugak datang Myeondong,ada je masa yang terluang, wajib datang sini semangat tau,sebab selain barangan kosmetik, makanan halal, snek, baju, stoking comel-comel ada jual jugak. Kawan Pjaz yang banyak memborong kosmetik, pjaz beli sikit je sebab dah bajet untuk shopping, kalau tak memang rambang mata kott,,hahhaha, sabarr (nasib baik tak meleleh air liur) hahah



Nak datang myeondong amik Line ni tau

Myeondong Station Line 4 Exit 6,
 

belok kiri tadaaaaaa...
Welcome to Myeondong, sila rambang mata..haha

Sebelum aktiviti shopping bermula, kami bercadang pergi ke Yoogane dulu, sebab dari pagi tak makan nasi, makan roti dan biskut je tau. Biasalah perut orang melayu..haha

Punya lah cari merata Yogane ni, turun balik ke Exit 6, keluar Exit 5 tak jumpa-jumpa. Perut ni siap berkeroncong pulak,hahha sabar jela. Last2 tengok dalam Blog Cik epal rupanya kami tersalah arah, Yogane kat Myeondong ni ada banyak, Masuk la balik kat Exit 5, keluar Exit 6, dah macam marathon malam tu.hehe.


haha,,nk senyum pun dah kebas, sejuk dan lapar,  ^__^

Nak pergi Yoogane ni sebenarnya senang je. Keluar je dari Myeongdong Street nanti akan nampak Uniqlo sebelah kanan and Nature Republic sebelah kiri. Myeongdong  Street ni ada banyak lorong. Ambil lorong pertama dekat belah kanan, and jalan terus sampai nampak Yoogane Restaurant sebelah kiri. Tak jauh pun, tak sampai 5 minit kot berjalan.


Tadaaa,,akhirnya smpai jugak, akibat hypo melampau tak sempat nak bergambar depan Yohane Restaurant ni..kahkah
 


Oppa kat restauran ni bagitau 4 portion dah cukup 5 orang, kami macam tak confident je sebab lapar sangat ni...hahhaha, Menu yang boleh dimakan hanya seafood fried rice, harga pun not bad 1pax dalam 4000 won.
 Dekat restoran ni dorang masak depan mata kita. Macam buat nasi goreng je. Nanti ada orang dia yang masak kan dan tolong gaul kan semua. Jangan pandai-pandai jadi chef kang marah oppa tu nanti,hahhaa..

 


Side dish dia ada macam-macam, ada kimchi, radish,watery kimchi, kubis dan lain-lain.Kimchi dia memang win, sedapp (serius tau)


Serius cakap, memang sedap tahap 5 bintang,wink2..haha


Selepas kenyang, meh kite hunting barangan kosmetik,,hahha, akibat terlampau murah kawan pjaz ni memang rambang mata tak cukup tangan kot shopping,,,hahhaha

Lets huntingg..



Feveret Brand, tapi stok still kat rumah still ada, jadi tengok jelah..hhaha


baju-baju kat sini mahal tau, nak murah kena beli kat Namdemun

 

Kreatif jugak diorang tarik perhatian pelanggan, setiap pembelian diorang akan beri free gift (mask free) masyuk tau. Kalau shopping banyak lagi banyak lah free gift yang korang akan dapat. Hajat di hati nak sopping kat The Faceshop, tapi harga macam mahal je berbanding kat Malaysia, hampa tau..hahha. Pergi kat Nature Republik, harga diorang kasi memang kaw-kaw giler, pjaz borong la sikit foundation,shampoo, bedak, lipbalm. Harga memang berbaloi.
Lebih kurang 2jam lebih lepak kat situ, kami singgah kat satu gerai jual roti telur ni sebelum balik ke GH.


 Memang sedap giler roti telur ni, harga 2000 won. Menyesal kalau korang tak cuba. Kak Jemah bagi 5 bintang. Wink2..hehhehe



Sebelum sampai kat GH, kami masuk 7eleven yang berdekatan dengan GH beli Instant rice, kekok kalau tak makan nasi pagi-pagi. Standby untuk hari esok..hhehhe


Total loss Day1 :

Shopping:

Innisfree - 18000 won
Nature Republic 1 - 14520 won
Nature Republic 2 - 8800 won
Yoogane (Seafood Fried Rice) - 4000 won
Egg bun - 2000 won
Instant rice - 1500 won


Bakal bersambung,

Tunggu entri seterusnya di Seoul ^^



About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top