leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Travel Korea Day1 - Seoul Part #3- Santai di Gwanghwamun Square dan Cheonggyecheon Stream
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Anyeongg.. Travel Korea Day1 - Seoul Part #3- Santai di Gwanghwamun Square dan Cheonggyecheon Stream - Lepas je check in guesthous...
Anyeongg..

Travel Korea Day1 - Seoul Part #3- Santai di Gwanghwamun Square dan Cheonggyecheon Stream - Lepas je check in guesthouse, solat dan makan sikit, kami plan ke Gwanghwamun Square, bagi korang yang plan nak  ke Gwanghwamun Square dengan menaiki subway take note ni, 


Gwanghwamun Station (Seoul Subway Line 5), Exit 2.
Jalan terus je 3 minit, dan korang akan nampak tugu King Sejong.


 

Waktu ni ramai yang naik subway, baru balik keje kot. haha, Tak sampai 24jam kat Seoul terus 'flawless' kan muka..hahah (yang ni memang tipu)

 

Bila korang keluar dari Gwanghanmun Station Exit 2, terus nampak Dataran



Kebetulan pulak nak pergi bergambar dekat tugu King Sejong, ada pulak persembahan onnie dan oppa-oppa hensem, apa lagi kami layan kejap..hahha
 
Selfie sikit..

Berhadapan Tugu King Sejong
Di sini terletaknya patung King Sejong. King Sejong merupakan raja ke-4 Dinasti Joseon. Dia adalah orang yang bertanggungjawab mencipta tulisan Hangul. Sebelum kewujudan Hangul, orang Korea menggunakan tulisan China. Dengan kebijaksanaan beliau, wujudla tulisan Hangul yang mudah digunakan oleh orang ramai.  

Kami memang suka selfie..haha





Muka eksited giler time ni,,haha

Ala-ala salam perantauan plak..hahha



Dekat dataran ni pun ada satu lagi monumen iaitu monumen Admiral Yi Sun-Shin. Yi Sun-Shin merupakan seorang Komander Tentera Laut yang bertanggungjawab mengetuai peperangan menentang Jepun. Inovasi beliau menggunakan kapal yg diilhamkan dari kura-kura berjaya menewaskan tentera Jepun.

Monumen Admiral Yi Sun-Shin

King Sejong Museum- kami sampai dekat tangga je,,hehhe


Kalau korang nak tahu kat  sini ada muzium King Sejong, free je  kalau nak masuk. untuk sape-sape yang teringin nak mengenali sejarah Korea boleh lah masuk.
 
Kalau korang nak tahu Gwanghwamun Square ni sangat dekat dengan Gyeongbokgung Palace. Tapi kami pergi lain hari, nanti Pjaz update nanti.


  masa kami lalu sini ramai anggota polis duk bebaris tepi jalan, ada demontrasi, sepatah haram tak faham..hahha

Mula-mula ingat program Golden Bell Challenge,rupanya bukan..hahhaa
Demonstrasi, jammed jalan






Dari Gwanghwamun Square kami pergi ke Cheonggyecheon Stream, kalau nak datang sini guna subway boleh ikut laluan salah satu ni ye, jangan pulak main redah keromo je kang tak sampai-sampai..hahha,


* City Hall, Jonggak, Jongno 3-ga, Jongno 5-ga, Dongdaemun, Sinseol-dong (Seoul Subway Line 1)

* City Hall, Euljiro 1-ga, Euljiro 3-ga, Euljiro 4-ga, Sindang, Sangwangsimni (Seoul Subway Line 2)

* Jongno 3-ga (Seoul Subway Line 1, 3 and 5)

* Dongdaemun History & Culture Park (Seoul Subway Line 4)

* Gwanghwamun (Seoul Subway Line 5)





 
Stream ni ada sejarahnya yang tersendiri. dulu dia kotor dan tak terurus pun. lepas tu, kerajaan Korea baik pulih dan seterusnya jadilah stream yang sangat cantik dan femes sebagai tempat tumpuan pelancong. Stream ni sangat panjang bersambung ke Han River.

 



 

selfie lagi,dan lagi..hahha



Jernih sangat air kat sini,
Tak sejuk ke kak?hahha
Kami sampai kat sini waktu petang, masa tu pun dah nak gelap. Angin yang sempoi-sempoi dan agak ganas jugak masa tu ..haha,,sejuk kot.. Kalau waktu malam lagi cantik  adanya lampu pastu korang boleh la tengok adegan muda-mudi korea duk 'kissing' aigoo.heheh


 Bersambung untuk entri seterusnya di Seoul, Korea Selatan. :)

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top