leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Travel Korea Day1 - Seoul Part #2- Penginapan di Beewon GuestHouse
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Anyeonggg   Travel Korea Day1 - Seoul Part #2- Penginapan di Beewon GuestHouse | Kami memilih Beewon GuestHouse sebab yang pertama ramai...
Anyeonggg

 Travel Korea Day1 - Seoul Part #2- Penginapan di Beewon GuestHouse | Kami memilih Beewon GuestHouse sebab yang pertama ramai rakyat malaysia menginap kat situ, Kedua, harga sangat berbaloi untuk kami selama 7 hari. Ketiga, dekat dengan Stesen subway dan tempat membeli belah Insadong, jalan kaki je tau dan berdekatan dengan Changdeok Palace. Dengan 102000k won untuk 7 hari sangat berbaloi dengan bajet ciput kami. 

 

Rehat dulu tepi jalan semput naik tangga kat subway, aigoo -.-


Tangga yang kami naik hari-hari, tak tinggi pun kan,,heheheh




Untuk ke Beewon GuestHouse dengan menaiki subway sila ikut route ni

 
[ Dari Seoul Station ambil Line 1 ke Jongno-3 (sam) ga Exit 7 ]



 Map untuk ke Beewon Guesthouse


Cara nak tempah? kami prefer guna booking.com, sampai baru bayar. Jenis bilik yang ditempah adalah satu dorm untuk 4 perempuan, dan 1 katil untuk dorm lelaki.

Sampai dekat Beewon Guesthouse kami diberitahu dorm kami untuk perempuan ditukar ke private room, tanpa bayaran tambahan. wah lagilah kami suka..haha.

Kemudahan yang ditawarkan di Beewon Guesthouse tak mengecewakan, wifi sangat laju, dapat breakfast free, ada pantri, kemudahan PC, mesin basuh dan lain-lain.

Kak ton bagi 5 bintang..Hahaha

Private Room macam ni kami berempat dapat 
Dorm/ sharing bathroom
Total Lost Day 1:


Beewon GuestHouse (untuk 7 hari) = 102000k

Bersambung untuk entri seterusnya di Seoul, Korea Selatan. :)




p/s: gigih nak cari gambar-gambar cantik :p

 
Tunggu entri seterusnya ye ^_^

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top