leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Pengalaman Menaiki AirAsiaX ke Seoul Korea
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Anyeonghaseyo    Pengalaman Menaiki AirAsiaX ke Seoul Korea - Baru je balik travel, nampak benar rindukan seoul,he he,he, Travel kali...

Anyeonghaseyo 

 Pengalaman Menaiki AirAsiaX ke Seoul Korea - Baru je balik travel, nampak benar rindukan seoul,he he,he, Travel kali ni, kami memilih seoul sebagai destinasi pilihan, dengan bajet yang pjaz hadkan sebanyak rm1600 tak termasuk tiket flight, untuk 7 hari termasuk bayaran penginapan, reload T-money, entrance dan shopping, memang cukup okehh. Kalau shopping banyak, memang banyak la habis kan. Tiket Flight Seoul termasuk 25kg luggage return hanya RM550++.

Pemandangan awal pagi, cantik kan

Untuk travel kali ni, sangat ohsem sebab ada seorang kumbang, empat bunga, ala-ala bodyguard gitu. He he.. Travel dengan buddy yg ohsem dan tak banyak karenah lagi membuatkan travel kali ni superduper ohsem. Cara kami travel try and error, bila lagi kan nak dapat rare experience, hehe. Kebetulan waktu  kami nak ke Seoul, terjumpa Geng BBM yang solo ke Seoul, sempat la sembang jap tapi segan sebenarnya,he he.


 



Penerbangan ke Seoul pada 24 oktober lepas memakan masa lebih kurang 6 jam 20 minit , kami memilih AirasiaX sebagai pilihan ke Seoul. Kalau korang nak tahu, airasiaX sangat beza dengan airasia biasa, beza dari segi seat, ruang dan kapasiti penumpang,senang cite lagi besar lah. Dalam 6 jam penerbangan perkara paling wajib tido jelah dalam flight tu.

Lebih kurang pukul 8.15 pagi waktu tempatan, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul. Yeay!!, nyaman je rasa, terus flawless je muka..he he he (ok,yang ni tipu ) ^_^


 Pagi yang berkabus dan sangat sejuk okeyh =)

Antara muka eksited, dah selamat sampai di Korea


 
Menuju ke Arrival Hall

Sebenarnya tidak sukar untuk berjalan -jalan di sekitar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sebab kebanyakan penunjuk arah adalah dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Korea dan English. Memang tidak akan sesat berada di sana.
Sebelum ke kaunter pemeriksaan Imigresen, pastikan korang dah isi borang depature dan borang declare kastam, tak pasal-pasal nanti kena dengan pegawai kat situ.

Kena naik train untuk ke Arrival Hall. Kekerapan train adalah setiap 5 minit, sangat efisien.

Selesai melepasi pemeriksaan Imigresen dan Kastam, kami bergegas ke Incheon International Airport Station untuk menaiki Airport Railroad Express (AREX). Kami memilih Express Line sebab kami guna kupon dari KTO dengan bayaran 6900 won sahaja, dan kami dapat botol air free dari AREX. Limited Edition tau. he he.he




 

Bersila sambil tunggu AREX Train ke Seoul Station


Dalam AREX Train, sangat selesa dan perjalanan ke Seoul Station hanya mengambil masa 43 minit.


Yeay!! kami dah sampai ke Seoul Station.

Bila Sampai di Seoul Station, kami reload T-money 20,000 won setiap orang di GS25. Tapi untuk seminggu di Seoul, total kami reload T-money sebanyak 37000k. Jangan tanya kenapa banyak sebab kami hanya gunakan subway, memang tak naik bas atau teksi. T-Money kalau di Malaysia lebih kurang macam Kad Touch N Go. Bila kredit dah habis, ia perlu ditambah nilai semula. Setiap Subway station menyediakan khidmat tambah nilai T-Money. Liar je  mata nengok banana uyu kt GS25, apa lagi beli dengan harga 1200won, sekali minum perghh,,sedap woo.hehehe

Subway Map
 Bagi yang travel menggunakan subway sepenuhnya, digalakkan install aplikasi subway, sangat senang nak faham, yang penting mase offline data pun boleh guna. Tak perlu nak bukak map besar, itu pandangan Pjaz la.

Dengan bantuan aplikasi dalam telefon kami naik subway ke Beewon Guest House yang terletak di Jong-no-3 (sam)-ga,

Subway:

Dari Seoul Station ambil Line 1 ke Jongno-3 (sam) ga Exit 7



Total loss Day 1:

AREX Train (guna kupon dari KTO 15% diskaun) = 6900k won
T-Money Reload (untuk seminggu) = 37000k won
Banana Uyu = 1200k won


Bersambung untuk Aktiviti Hari Pertama Di Seoul, Korea Selatan. :)
Tunggu entri seterusnya ye



Jalgayo ^_^

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top