leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Panduan Solat Sunat Hajat Sebelum Travel
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Sehari atau beberapa jam  sebelum travel, disarankan untuk solat hajat serta berdoa dan minta perlindungan untuk perjalanan korang . Laut...

Sehari atau beberapa jam  sebelum travel, disarankan untuk solat hajat serta berdoa dan minta perlindungan untuk perjalanan korang . Laut, daratan dan udara itu cukup luas. Sesungguhnya kita tiada upaya untuk menghalang, sekiranya bencana menimpa. Doa itu sangat makbul gunakan sebaiknya


Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)

 Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.
 
 
CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT

1. Lafaz niat
 
 
 "Sahaja aku menunaikan solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taa'la"
 
Baca Surah Al-Fatihah (Rakaat 1 & 2)
 
  Rakaat 1: Surah Al Kafirun atau Ayat Kursi (1 kali atau 11 kali)
 
“ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”

“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat  (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
Rakaat 2: Surah Al Ikhlas (1 kali atau 11 kali)
“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”

“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’.
 
 
  MEMBACA TASBIH
 
 
 Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali: 
 
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

Antara Fadhilat / Kelebihan Solat Sunat Hajat adalah:

  1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  3. Berasa yakin dengan apa yang akan berlaku.
  4. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.

Memohon perlindungan dari Allah akan memberi ketenangan yang lebih untuk kita

Selamat Mengembara ^_^

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top