leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Cara Aktifkan Kad Debit Sebelum Ke Luar Negara Secara Online
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Cara Aktifkan Kad Debit Sebelum Ke Luar Negara Secara Online - Ada juga yang rasa ragu-ragu bila nak pergi ke luar negara,  risau tak ada...
Cara Aktifkan Kad Debit Sebelum Ke Luar Negara Secara Online - Ada juga yang rasa ragu-ragu bila nak pergi ke luar negara,  risau tak ada kad kredit. Bukan pergi oversea saja malah kalau buat online shopping pun rasa keliru bila di skrin laman web hanya tertera perkataan kad kredit dan bukan kad debit. Kalau korang nak tahu, kad kredit adalah kad hutang, shopping sampai juling mata, cukup bulan sampai payment statement, korang bayarlah jumlah dibelanjakan. Kad debit pula kad yang ada link terus dalam akaun korang, ada duit dalam akaun boleh la shopping, kalau tak ada duit memang gagal transkasi korang.

Terdapat beberapa cara mudah Cara Aktifkan Kad Debit Sebelum Ke Luar Negara secara online:



Langkah 1 


-Log in ke cimbclicks
-Di sebelah kanan paling hujung sekali ada menu ‘setting’.
-Klik perkataan ‘setting’ dan kita akan nampak menu ‘ ATM / Debit Card Services’ .
-Klik menu ATM/Debit Card Services






Langkah 2


-Setelah kita klik menu tadi akan terpapar skrin yang bawah ni pula.
-Klik di anak panah di menu link account dan pilih ‘Overseas ATM/Debit Card Spend & Withdrawal’.


 

Langkah 3


– Di skrin tersebut akan di tunjukkan kad debit atau kad kredit yang kita ada.
– Pilih kad kredit atau kad debit yang kita nak aktifkan



Langkah 4


– Masukkan data yang di kehendaki di menu  Change Status To .
– Ada 3 pilihan di situ samada temporary, permanent atau deactivated.
– Jika tujuan kita hanya untuk tempoh tertentu pilih menu ‘temporary’.
– Seterusnya masukkan tarikh yang kita kehendaki.




 Setelah klik butang ‘submit’ seperti biasa kita perlu request TAC terebih dahulu. Hanya masukkan no TAC seperti biasa dan permohonan itu telah pun selesai jika tiada sebarang masalah. Senangkan ?

Jimat masa dan kredit, sangat mudah dan efisyen.

Selamat Mengembara =)

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top