leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Apakah Paraben Dan Kesan Terhadap Kulit
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Apakah Paraben Dan Kesan Terhadap Kulit - Parabens adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet yang digunakan secara meluas dalam...
Apakah Paraben Dan Kesan Terhadap Kulit -Parabens adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet yang digunakan secara meluas dalam industri kosmetik dan pharmaceutical.  Ia boleh didapati didalam shampoo, krim pelembab, krim pencukur, personal  lubricants, make-up dan ubat gigi . Hampir semua parabens yang digunakan sebagai bahan pengawet adakah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi. Paraben boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman. Paraben boleh ditemui sebagai methylparaben, ethylparaben ,propylparaben,  butyparaben ,isopropylparaben, yang terdapat dalam alat solek/ kosmetik.



BAHAYA PARABEN

Paraben ni menyerupai  hormone dan ia boleh menggangu fungsi sistem endokrin . Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem badan seperti tiroid, ovari, hypothalamus dan juga sistem peranakan lelaki

Penghasilan estrogen yang tidak normal akan meransang kanser payudara. Penyerapan paraben boleh mengalakkan penghasilan estrogen yang tidak normal. Ini boleh dijadikan alasan yang cukup besar untuk anda menjauhi produk yang mengandungi paraben

Paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya sapuan diatas kulit. Paraben  yang diambil melaui kulit atau sapuan adalah lebih pekat berbanding melalui minuman iaitu sebanyak 10 kali ganda.

Sekiranya korang  mempunyai kulit yang sensitif, paraben akan menyebabkan reaksi allergi dan ruam kulit. Kebanyakkan produk penjagaan kulit mendakwa ia adalah selamat untuk kulit sensitif walaupun mengandungi paraben. Penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah, dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan masaalah kulit yang serius


Jadi, rajin-rajinkan lah tengok bahan-bahan kandungan di belakang produk yang korang pakai, Pjaz suggest, bertukarlah ke produk yang lebih menjurus organik dan semulajadi. Sape yang tak sayang kulit kan.

Contoh Kandungan Paraben dalam Losyen Vaseline




Losyen Johnson Baby, antara produk kegemaran pjaz, mengandungi paraben jugak


Tetapi, semuanya bergantung kepada diri masing-masing. Walau kandungannya sedikit, kurang dari 0.4 %. jika digunakan setiap hari/dengan kerap, tetap jugak membawa kesan kan..


Kajian yang dilakukan mengenai bahaya parabens mendapati bahawa mereka menyebabkan kesan yang buruk atau oestrogenic apabila disuntik di kulit. Kerana mereka seolah-olah tidak boleh diserap oleh kulit, ia akan menyebabkan kesan yang berbeza. Apabila disuntik pada wanita hamil, ia bertindak seperti hormon yang asing yang memberi kesan kepada janin di dalam rahim. Ia juga boleh menyebabkan kemandulan lelaki dan kanser payudara pada wanita. Walaupun eksperimen dan keputusan adalah berdasarkan dari haiwan makmal, dinasihatkan korang perlu berhati-hati bahan kimia ini dan tidak mendedahkan badan anda terlalu banyak parabens.


Paraben sangat bahaya walaupun kandungan yang digunakan sangat seidikit, tapi kalau guna hari-hari kan akan meningkatkan risiko jugak.  Bertukarlah kepada produk yang berasakan tumbuhan organik semulajadi.

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top