leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Apa Itu Jet Lag
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam travel  Pertama kali dengar perkataan Jet Lag ni dalam forum dan grup travel masa tu tak bleh bayang apa kebendanyer Jet Lag ni...
Salam travel 




Pertama kali dengar perkataan Jet Lag ni dalam forum dan grup travel masa tu tak bleh bayang apa kebendanyer Jet Lag ni. Ayat yang Pjaz faham, perubahan badan apabila merentasi zon waktu berlainan, dan boleh menyebabkan insomnia, pening dan mual. Eh2 simptom tu macam ada kene mengena je, balik travel seminggu lenguh badan..hahah, itu Jet Lag tipu tu, letih sebab duk syok sangat travel kan..he he he he. Dan diorang ada post satu berita rentetan kepada peristiwa malang yang menimpa seorang paramugari MASsekitar tahun 2011 kalau tak silap berikutan sindrom Jet Lag.


Apa itu Jet Lag? 


 ➤ Jet lag adalah keadaan keletihan yang menyebabkan gangguan pada saluran pencernaan, insomnia dan sakit kepala yang terjadi secara serentak. Ada juga yang menganggap jet lag sebagai gangguan ritma tidur selepas perjalanan jauh melintasi zon waktu dengan cepat.


➤ Jet lag juga boleh dikatakan suatu keadaan psikologi yang terjadi akibat perubahan ritma circadian (suatu perubahan biologi tubuh badan yang mengatur respon tubuh terhadap perubahan lingkungan). Kerana itulah jet lag juga sering disebut sebagai sindrom perbezaan zon waktu.


➤ Jet Lag boleh menjadi masalah serius yang mengganggu aktiviti seharian korang. Bayangkan bila kita sampai ke destinasi pada pagi hari dan harus terus bekerja, padahal kita berangkat pada malam hari dan belum tidur sama sekali. Tubuh akan keletihan kerana belum tidur. 


➤ Kadangkala badan kita tak dapat nak bezakan zon masa setiap negara yang berlainan, seperti contohnya, andainya seseorang itu berada di Los Angeles selama beberapa hari dan naik flight kembali ke Malaysia, jadi bila sampai di Malasia, badan dia masih akan mengikut keadaan di Los Angeles , misalnya kalau di Los Angeles waktunya adalah siang, tapi di Malaysia adalah malam, jadi tubuh badan  tak dapat nak mengikut waktu di Malaysia tapi terikut waktu  Los Angeles .


  ➤ Perjalanan dari timur ke barat memiliki risiko yang lebih besar dari pada perjalanan barat ke timur. Tetapi perjalanan dari selatan ke utara atau sebaliknya tidak menyebabkan jet lag asalkan tidak memasuki wilayah zon waktu. Jet lag boleh dialami oleh siapa saja. Tak kisah kuat atau lemahnya daya tahan tubuh seseorang, usia, dan juga bagi Anda yang baru pertama kali atau sering melintasi zon waktu.


Penyebab Jet Lag

 ☆ Keadaan diri sebelum terbang yang buruk, misalnyer keletihan, stres, takut, cemas.


 ☆ Tekanan cabin pada pesawat.


 ☆ Udara kering di pesawat yang boleh menyebabkan sakit kepala.


 ☆ Pusingan udara yang kurang baik sehingga udara segar yang dihirup sangat sedikit.


 ☆ Mengambil minuman yang memiliki kadar alkohol semasa terbang.


Cara mengatasi Jet Lag


☆ Menghindari stress seminimal yang mungkin  

☆ Lakukan senaman semasa dalam penerbangan sekurang-kurangnya setiap 1 jam atau 2 jam sekali 

☆ Cuba biasakan diri dengan waktu di negara yang anda menuju itu, cahaya matahari juga amat disarankan.

☆ Paling penting jangan  sekali-kali mengambil ubat tidur. 



 Ambillah langkah-langkah penjagaan seperti yang dinyatakan di atas.' Jagalah dan dengar badan anda'

Selamat mengembara

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top