leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Tips Pemilihan Beg Travel Ketika Bercuti
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Tentu kita biasa dengar perkataan dan terngiang-ngiang “Backpackers” ni kan?  Backpackers adalah pelancong yang berjalan ke luar negara a...
Tentu kita biasa dengar perkataan dan terngiang-ngiang “Backpackers”ni kan?  Backpackers adalah pelancong yang berjalan ke luar negara atau dalam negeri yang membawa backpack, atau beg galas di belakang mereka, kebiasaanya beg galas yang pelancong bawa ini lebih besar daripada sais backpack yang pelajar sekolah bawa.

 


Backpack ini ada banyak saiz, besar mana, tengok keperluan dan durasi travel ke negara korang nak pergi.. Biasanya saiz backpack ini ditulis di beg dalam bentuk Liter dan pelbagai jenama korang boleh dapat serta harga sangat berbaloi. dan sangat sesuai sapa-sapa yang inginkan travel santai. Beg tarik/roda macam mana? Kebiasaanya sekiranya korang travel atau melancong dengan agensi pelancongan, maka beg jenis ini boleh atau sesuai digunakan, sebabnya kita jarang nak tarik beg itu ke sana sini, semuanya dah ditetapkan.


 Tips memilih beg yang sesuai untuk melancong.





 

1. Ramai orang suka memilih warna hitam atau biru gelap. Jadi korang  mungkin boleh memilih warna rona terang seperti hijau, merah, oren, kuning atau sebagainya. Cara ini akan memudahkan korang untuk mengenalpasti beg.

2. Ikat tagnama atau reben pada beg. Ini sudah pasti akan memudahkan anda untuk kenal pasti yang mana satu beg anda. Pjaz lebih suka letak riben bunga yang besar, sebab ada jugak pelancong bawak beg sama, kot-kot tertukar nanti bermasalah pulak.

3.Bawa beg ikut kesesuaian korang berapa lama nak travel. Kalau korang yang jenis travel santai, disarakan bawak la backpack. Kalau yang jenis suka travel jauh, tapi malas nak angkut atau galas beg berat, beg tarik atau roda pun satu pemilihahn yang bijak.


 Membawa bagasi yang terlalu banyak ketika travel pun mendatangkan masalah jugak, sebabnya?nak kena fikirkan beg lagi, keselamatan beg, nak angkut beg dan sebagainya. Dan ada satu cara untuk meminimumkan barang keperluan korang dalam satu backpack khasnya.



- Kongsi barang dengan partner korang. Macam pjaz, kalau 5 orang pergi travel terus bahagi tugas sapa yang perlu bawak ubat gigi, syampu, sabun, minyak dan sebagainya. Jimat!! he he he


Essentials for your carry-on cosmetic case.
Contoh travel kit


- Susun rapi pakaian dan barangan dengan kemas. Kalau korang bawak beg tarik, rasanya tak ada masalah untuk susun pakaian. Kalau korang bercadang nak bawa begpack, disarakankan lipat biar kemas sebelum masukkan dalam begpack, jangan main sumbat je. 


- Bawa pakaian yang senang kering seperti kain cotton. Kalau korang ke negara yang bermusim, tengoklah dulu kat sana musim apa, jagan masa tu winter korang duk bawak baju nipis, sebab nak jimat. Tu boleh mendatangkan reput frost tu..he he he. Jangan bawak banyak sangat baju sebab tu boleh menjadi satu beban, cuba pilih baju yang senang dibasuh dan cepat kering.


- Pemilihan beg yang sesuai mengikut negara yang korang ingin pergi. Korang dalam kategori mana? suka berbackpack atau beg roda/tarik?
Backpack adalah bagi percutian yang santai, tak terikat dan simple. Beg beroda sesuai untuk tempat penginapan yang selesa dan praktikal. ini mengelakkan korang dari mengusung beg beroda yang berat dan besar kesana kemari.



Selamat mengembara =)


About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top