leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Permohonan Permit Memandu Antarabangsa
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Ramai sekarang ni yang suka travel dengan memandu sendiri kenderaan yang disewa di negara pilihan. Selain jimat kos pengakutan, lagi efi...


Ramai sekarang ni yang suka travel dengan memandu sendiri kenderaan yang disewa di negara pilihan. Selain jimat kos pengakutan, lagi efisien kita boleh henti-henti ikut suka kan. Tapi orang tahu tak, kalau nak memandu kereta di luar negara, pertama sekali korang perlu ada permit memandu antarabangsa ataupun IDP (International  Driving Permit) jangan main redah je tak pasal-pasal kena saman.

Pjaz tak pernah lagi apply permit memandu antarabangsa tapi berdasarkan pengalaman kawan-kawan travel yang buat roundtrip kat luar negara, PMA ni sangat penting bila travel sebab banyak negara yang memerlukan PMA ni dan semua pemandu bebas memandu di 156 negara lain dengan syarat memiliki International Driving Permi.

Caranya mudah saja, korang kene apply permit memandu antarabangsa ni kat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia sebelum proceed dengan roadtrip di negara yang memerlukan lesen memandu antarabangsa ni.



Permohonan Permit Memandu Antarabangsa boleh dibuat di mana-mana  pejabat JPJ Negeri/Cawangan atau di pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM). 


Kelayakan bagi permohonan IDP:

  • Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang masih berkuatkuasa melebihi 1 tahun
  • Pemilik tidak disenaraihitamkan
  • Tempoh IDP adalah 1 tahun sahaja



Dokumen yang diperlukan:


  • MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad /Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  • 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal dan salinan

 
Permit Memandu Antarabangsa hanya ‘laku’ untuk tempoh setahun. Dari hari permohonan hinggalah hari ke 364 kemudian.
 
Lesen boleh diperbaharui di Malaysia sahaja. Tetapi, boleh diwakilkan kepada orang lain.
 
 
 Link untuk negara-negara yang memerlukan Permit Memandu Antarabangsa
 

Ciri-ciri Permit Memandu Antarabangsa

- Bersaiz menyamai saiz passport
 
   
- Terdapat senarai negara-negara yang dibenarkan memandu menggunakan Permit Memandu Antarabangsa

 
- Terdapat 9 bahasa yang berbeza.




Selamat Mengembara =)

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top