leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Kuku dan Personaliti Tersembunyi
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Kuku Berbentuk Sudu Seorang yang mempunyai emosi yang sentiasa berubah. Kamu tak boleh membuat sebarang keputusan yang...





Kuku Berbentuk Sudu

Seorang yang mempunyai emosi yang sentiasa berubah. Kamu tak boleh membuat sebarang keputusan yang tepat dalam suatu masa kerana fikiran kamu mungkin akan berubah dalam sekelip mata. Ramai yang anggap kamu ini tidak tetap pendirian.

Kuku Tirus dan Runcing

Kamu cepat panik apabila berhadapan dengan situasi yang memberikan tekanan kepada kamu. Inilah antara punca kamu lebih suka berada di belakang tabir sahaja. But, kamu juga mempunyai keistimewaan , kamu petah bercakap berbanding kawan2 lain. Cuma bila depan ramai orang, sedikit kelam kabut.

Kuku Lebar

Kamu mempunyai personaliti yang menarik, Bukan itu sahaja, kamu juga mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Patutlah kamu sentiasa bersemangat dan ceria setiap kali kamu diberi tugasan oleh sesiapa pun. Kamu sukakan cabaran dan suatu yang lasak, Dikenali sebagai aketif dalam bidang akademik dan juga sukan.

Kuku Berbentuk Empat Segi

Kamu yang mempunyai kuku berbentuk empat segi ini juga mempunyai sikap yang telus dan suka berterus-terang. Kamu jujur dalam menjalinkan persahabatan supaya hubungan kamu dengan kawan-kawan lama.

Kuku panjang dan bujur

Selain menyukai sesuatu yang berkaitan dengan seni, kamu juga berfikiran dan terbuka. Kamu suka menerima idea dan pendapat daripada kawan-kawan. Kamu juga suka bekerjasama dengan semua orang dan tak lokek untuk berkongsi idea bernas kamu itu. Tak hairanlah diri kamu disukai ramai.

Kuku pendek dan lebar

Kamu mempunyai sikap yang suka berterus-terang. Kadang-kadang bukan niat kamu untuk mengkritik orang lain, teteapi itu adalah sikap semula jadi kamu, mungkin ada yang tersinggung dengan kamu namun kamu seorang yang baik hati. Kamu juga serius dalam perkara yang kamu lakukan.




haaa...kuku korang yang mana satu?hehehe

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top