leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Barang Yang Perlu Di Bawa Ketika Travel
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Pening kepala nak bawa apa masa travel ? Kalau korang selalu travel, mesti korang ada check list supaya barang ...

Pening kepala nak bawa apa masa travel ?

Kalau korang selalu travel, mesti korang ada check list supaya barang takde tertinggal kan. 







1) Dokumen-dokumen penting ( boleh letak dalam sling bag/ begpack)
   
Dokumen-dokumen penting ni jangan diambil ringan. Setiap kali travel pjaz akan bawak 1 fail khas untuk letakkan semua dokumen ni, lebih teratur sikit tak adelah gabra masa nak guna. 
  • Passport  ( Pastikan korang buat salinan untuk bawak masa travel dan letak kat rumah satu salinan in case berlaku perkara buruk masa korang travel, scan atau email diri sendiri passport korang oke)
  •  Boarding pass / Salinan tempahan hotel via Booking.com/Agoda dll
  •  Itinerary ( Biasa pjaz buat satu buku khas untuk itinerary)-senang nak rujuk
  • Duit yang ditukar (Kalau nak senang terus asingkan duit hotel, duit tiket masuk dan lain)
  • Debit kad/ Kredit kad untuk emergency 
  • Travel insurance ( kalau ada)


2) Barangan Elektrik ( letak dalam bagpack/ beg galas)
  • International adapter
  • Laptop + charger 
  • Handphone + charger
  • Camera + charger
  • Ipad / tab 
  • Iron ( Standby nak gosok tudung sebenarnya)
  • extension plug ( in case kat hotel tak cukup plug)


3) Toiletries ( bawa travel size)
  • Berus gigi,  ubat gigi 
  • Pencuci muka , pelembab
  • Sunblock 
  • Body lotion
  • Deodorant ( kena ada 2 la kan)
  • Perfume ( Yang kecik dah cukup jangan lebih 100ml)
  • Mekap ( bedak, lipstik, eyeliner, blusher)


4) Pakaian / Baju 

Oleh kerana bab pakaian ni ikut tempat dan musim yang korang nak pegi, better korang check cuaca dekat negara korang nak travel tu.
  • Jeans  -  sehelai atau 2 helai cukup kalau setakat pegi dalam masa seminggu.
  • Long sleeve T-shirt -Biasa pjaz bawak dalam 4 hingga 5 helai kalau untuk 1 minggu travel. Kalau tak cukup basuh je dekat hotel tu, he he he.
  • Baju tidur- Rasanya 2 helai dh cukup, pjaz hentam baju kelawar je
  • Underwear / boxers - depends la pada si pemakai, 
  • Tudung- Biasa pjaz suka bawak tudung bawal kalau travel, orang kata leceh kan, sebabnya pjaz tak biasa pakai shawl ataupun tudung yang ada awning, nak tak nak bawak jugak dalam 5 helai.
  • Telekung ,  sejadah 
  • Selipar / kasut 




5) Ubatan
  • Panadol ,Maxolon,Piriton, Loratidine ( ubat selsema)
  • Vicks, minyak cap kapak 


6) Makanan 
  • Maggi mee, Bubur, sup segera, Roti
  • Nescafe/ milo / tea



Selamat mengembara =)



About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top