leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Adab-adab dan Tingkah Laku Ketika Travel
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
  Orang kata kalau kat luar negara sekalipun jagalah adab dan tingkah laku, nanti tak manis dipandang. Betul tu, sebab setiap negara dia ...
 

Orang kata kalau kat luar negara sekalipun jagalah adab dan tingkah laku, nanti tak manis dipandang. Betul tu, sebab setiap negara dia punya peraturan lain-lain. Rasanya tak salah kalau kita jaga adab dan tingkah laku ketika melancong. Kalau baik dimata diorang,negara kita dan masyarakat kita akan dipandang tinggi dan disanjung.ebenarnya melancong itu tak salah. Islam itu mudah,da sangat digalakkan bagi umat Islam untuk melancong sesuai dengan firman Allah S.W.T :  


Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

 Untuk menjadikan perjalanan dan pengembraan kita menjadi lebih ohsem tak salah kalau kita menjaga adab-adab dan tingkah laku ketika melancong supaya sentiasa dilindungi dan dirahmati ketika travel.


 Menutup aurat.
 
    Kebiasaan kita lihat kalau di negara sendiri bukan main tutup litup, tapi bila melancong terdedah sana-sini, seharusnya kita menjaga diri kita khususnya perempuan, janganlah kita melancong tapi tak mengikut syariat Islam.Bukan susah pun menutup aurat kan.


  Jauhi maksiat
  
   Tidak salah kalau korang melancong untuk  mengenali budaya masyarakat lain, tetapi andaikata sudah melampaui batas dan berlanggaran dengan syariat Islam adalah baiknya kalau kita segera menjauhinya. Sekali kita mendekatinya, berpusu-pusu nafsu membuak.

  Tidak menunjuk-nunjuk
 
    Ramai dalam kalangan kita melancong untuk menunujuk.. Menunjuk macam mana tu?
"update status* hai duit berkepuk ni nak travel mana ye, Eropah, perancis?? "
Rasanya tak salah kalau kita nak bagitahu kawan-kawan kita kita nak pergi travel jauh-jauh, kot-kot nak kirim barang ke ,tapi jangan lah extrem sangat menunjuknya. 
 
Pjaz kadang-kadang update jugak status kalau nak travel sebab ada yang nak kirim cenderahati bagai la, tapi rasanya tak lah sampai keterlaluan. Tak pasal-pasal upgrade sifat riak pulak.


Berbelanja dengan berhemah
 
    Bagaikan adat, kalau kita pergi mana-mana akan beli cenderahati untuk kita sendiri dan kawan-kawan. Rasanya benda tu memang wajib bagi Pjaz sebab sebagai tanda, tak pelah keychain murah pun asalkan diorang hargai sebagai kenangan. Tapi ada jugak yang jenis macam ni ' eleh, keychain je, kalau kat sini rm 2 je kot' situasi tu real tau.Sabar jelah. Tetapi berjimatlah dalam berbelanja. Jangan membazir. Bezakan antara keperluan atau nafsu.

Halal dan haram
 
  Travel ke tempat orang semestinya kita nak tahu apa adat dan budaya mereka. terutamanya makanan. Tidak salah nak mencuba, cuma pastikan korang titik beratkan halal dan haram semoga tubuh badan kita sentiasa terjaga daripada makanan yang haram. Sekarang ni pun dah banyak negara yang mempunyai kedai mesra muslim yang halal.



About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top