leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Tips Rancang Percutian Ala Backpacker
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam,,,,   Dalam banyak borak-borak kosong, ramai jugak yang tanya 'eh, lama xnampak g travel' , 't...
Salam,,,,






  Dalam banyak borak-borak kosong, ramai jugak yang tanya 'eh, lama xnampak g travel', 'tak dapat cuti ke?' 'Tak bahaya ke g sendiri?', nape tak pilih agen?'
Kalau korang nak tahu pjaz travel dengan kadar bajet ciput je, sebab dengan bajet ciput ni lah "Everyone Can Fly" ala-ala Airasia gitu,, Kadang-kadang kalau nak cari ilham port untuk lepak di aiport KB ni je..

Baguslah makin ramai suka dengan aktiviti travel ni,,,
Jadi entri kali ini  pjaz nak bagi sedikit tips untuk mereka yang baru nak berjinak – jinak nak pergi travel ala backpackers ni.



 Pilih negara – negara yang dekat terlebih dahulu




  Mungkin ada orang rasa tidak yakin kalau nak pergi tempat jauh untuk destinasi pertamanya.  Jadi korang boleh bermula dengan negara-negara Asia Tenggara  yang berdekatan seperti Indonesia, Thailand, Kemboja  dan Singapura. Alhamdulillah setakat ni pergi selamat dan tiada apa benda tak baik berlaku.



  Travel Buddy




Orang kata Two head is better than one.  Paling best kalau dapat travel dengan partner yang boleh kongsi pengalaman, tersesat, tergosip dan bla bla.. Pengalaman macam ni la yang menjadikan percutian korang menjadi lebih ohsem. Kalau jenis teman yang senyap pun boring jugak, baik travel solo tak meyakitkan hati kan.



 Merancang lebih awal untuk membeli tiket kapal terbang






Kadang orang tak tahu yang syarikat penerbangan ini selalu membuat promosi dari masa ke semasa, terutamanya Air Asia. Paling seronok bila promosi 0 Fare, berjaga dari pukul 1100 malam sehingga 0500 pagi semata-mata nak dapatkan tiket murah. Masa travel ke Cambodia dan Indonesia pada tahun 2014, tiket kiteorang hanya RM 150 untuk setiap seorang, sangat berbaloi jika korang nak melancong dengan bajet yang rendah. Jadi sewaktu promosi ini, anda boleh grab tiket ke negara yang anda ingin pergi. Travel ke Korea bulan Oktober ni kiteorang dapat tiket RM 500 termasuk bagasi 25kg pergi dan balik. Sangat berbaloi. Untuk Percutian Bajet ke Macau-Hongkong April 2016, tiket pergi dan balik hanya RM 100. Sentiasa lah  intai-intai promo yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan tempatan dan luar negara. Yang penting, tips no3 ni untuk budget traveller, kalau korang jenis duit berkepuk, abaikan tips ini.



 Perancangan Itinerary


  Bagi Pjaz, Pjaz suka buat itinerary, jadi perjalanan sewaktu di negara orang lebih tersusun dan masa dapat di bahagikan dengan sebaik-baiknya, dan boleh megelakkan dari tersesat. Macam mana nak sampai hotel, pengangkutan, berapa kos, ke mana yang hendak di tuju, semuanya boleh di lihat di dalam itinerary. Cara ni lebih tersusun walaupun nampak macam terikat, tapi ini ikut kehendak individu, lain orang lain cara kan.




 Budget


T-Money Card percuma
Tukaran wang asing


☆  Ini bergantung dengan tujuan korang datang ke sesuatu negara tersebut. Kalau hanya travel untuk melihat negara orang, memang jimatlah. Kalau niat korang datang untuk membeli belah, bawa lah duit lebih sikit, jangan sampai menggelabah bila tak cukup duit, sebabnya kes macam ni selalu terjadi. Sebelum travel tu, sila aktifkan kad debit atau kad kredit korang dengan pihak bank, biasanya 3 hari sebelum. In case senang nak buat transaksi jika berlakunya kecemasan.



Bagi sesiapa yang nak travel ke korea sehingga Disember 2015 ni, banyak kupon diskaun yang dikhaskan untuk pelancong asing. Untuk trip pjaz bulan 10 ni, terdapat beberapa item pjaz dapat percuma, seperti 'T-Money', dan kupon-kupon diskaun termasuk kupon taman tema, kosmetik, Aiport train dan lain-lain.  Ada jugak suara-suara halus, eh, ' bukan ke murah ke benda tu kat sana? Kau rasa? kalau duit berkepuk-kepuk tu tak pelah, abaikan je. Yang penting, benda-benda kecil ni pun dah mengurangkan bajet. Tambahan pula nilai matawang kita makin turun, lagi lah runsing nak fikir pasal bajet ni.

Bagi tempat penginapan carilah 'guesthouse' atau 'hostel' yang murah tapi selesa. Sekarang banyak tempat penginapan bercirikan ala-ala backpackers. Kalau untuk kos makanan, nak jimat bawak lah makanan dari Malaysia, dalam sehari pun dah boleh jimat RM 20 hingga 30. 'Tepuk dada tanya selera'



Restoren makanan halal



Cara paling senang nak cari tempat makan halal bila bercuti di luar negara semestinya dengan menggunakan khidmat GOOGLE.Mesti pernah kan? Blogger- blogger travel tegar  mesti dah pernah sampai ke tempat yang korang  hendak pergi. Jadi ringankan tangan korang  untuk membuat sedikit research. Jangan duk harapkan kat partner korang ja,  bukannya susah, type saja contoh  “ Tempat makan halal di Pnom Penh” kemudian tekan Enter. Mesti keluar punya. Ingat lagi bila berada di Pnom Penh  punya la susah nak jumpa restoren halal area Riverside, last kiteorang guna Google Map, jauhnya 1.5km, cekal je berjalan semata-mata nak cari makanan halal. 


Selain tu kalau boleh belajarlah sedikit bahasa tempatan. Nak belajar pelbagai bahasa sekarang ni senang, download je aplikasi dari'Memrise' ni,  yang penting kita cuba berinteraksi, tunggang langgang tu lain kira. Korang tengok Mat Salleh, Oppa-Onnie cakap Bahasa Melayu sepatah dua pun dah excited. Alang-alang nak pergi korea nanti boleh la praktis ayat ni kalau pergi shopping,

'Onnie' /' Ahjuma'
'eolma yeyo?'
'jom kkakka juseyo' =)

Rasanya terbelik mata ahjuma tu kalau korang speaking hangul ni...hehe
Kalau salah sekali pun anggap je 'ada aku kisah'

Paling penting sebelum travel, sila download aplikasi waktu solat, arah kiblat dan masjid berdekatan. Masa Pjaz travel ke Cambodia nak cari masjid tak jumpa tak sama di Siem Reap sebab kat sana mesra muslim, tanya driver tuk-tuk diorang macam pelik je tengok kiteorang, dengan tebal mukanya kiteorang tumpang solat di salah satu restoren malaysia di Pnom Penh. 'Bila kita susah Allah hantarkan seseorang untuk bantu kita'. Travel pun kena jaga solat, solatlah dimana sekalipun.
Bagi  yang sangat suka update status bila travel, dinasihatkan bawa power bank dan beli Universal Adapter. Lain negara lain jenis plugnya, jangan ingat plug korang tu sama bila travel nanti. Menyesal tak sudah.

Buang rasa malu dan segan kiteorang menumpang solat di Restoren Atok @dnyonyapenangCambodia



Rasanya itu saja kot. Selamat mengembara =)
Kalau rasa tips ni kurang bagi korang, anggaplah pjaz pun newbie jugak. Sebab semua tips ni dari pengalaman lepas, ada yang ok banyak jugak yang K.O

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top