leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Tips Dapatkan Tambang Kapal Terbang Murah
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
  Assalam.. Kali ni, Pjaz nak kongsi sikit beberapa tips untuk dapatkan tiket kapal terbang yang murah, segala tips yang ta...


 



Assalam..




Kali ni, Pjaz nak kongsi sikit beberapa tips untuk dapatkan tiket kapal terbang yang murah, segala tips yang tak seberapa ni pjaz jadikan rujukan. 

Kalau korang ada tips tambahan lagi sama-samalah kita kongsi ya =)


Beli Tiket Sendiri Secara Online



https://www.klm.com/
http://www.fireflyz.com.my/



 

Beli tiket penerbangan dari mana-mana travel agensi ia akan lebih mahal dari beli sendiri jika ada promosi. Ini kerana syarikat penerbangan tidak beri harga promosi kepada pihak travel agensi. Jika korang beli tiket  dari travel agensi, selain kena bayar duit tiket korang juga perlu bayar upah khidmat sebanyak RM20-RM30 kepada syarikat travel tersebut. Lebih baik uruskan tiket korang sendiri lagi jimat berbanding dari travel agensi. 

 

   Ni antara syarikat penerbangan lokal dan luar yang sentiasa menawarkan harga 'promo', Korang boleh intai-intai dalam website diorang. Jangan lupa untuk buat perbandingan dengan website asal airlines pilihan kita tu.Paling penting sila 'subscribe newsletter' untuk dapatkan tawaran dari syarikat penerbangan pilihan korang.

 

 

http://www.malindoair.com/http://www.jetstar.com/my/en/home 

 

http://www.malaysiaairlines.com/my/en.htmlhttp://www.airasia.com/my/en/home.page?cid=1 

 

 

 

Survey Harga di macam-macam website





http://www.skyscanner.com.my/
 http://www.kayak.com/

 

   Jangan tengok pada satu website je. terdapat banyak website yang buat perbandingan bagi penerbangan lokal dan luar negara contohnya Kayak Explore, Sky Scanner, Expedia, Travelocity, Cheaptickets,Airpaz dan sebagainya.  Tapi Pjaz suka guna Skyscanner. Aplikasi ni juga boleh dimuat turun di handphone korang, sangat mudah dan efisien.

  


Guna Fungsi Multi-City






Air Asia 
 

   Satu lagi boleh guna fungsi multi-city dengan airlines yang sama samada airasia atau mana-mana syarikat penerbangan. Contohnya kita pegi Korea Selatan  turun di Seoul dan balik dari Busan, Tapi multi-city ni kena guna function “Multi-city” yang dalam website masa booking tu tau. Harga jauh lebih murah dan berpatutan. Takpayah nak ulang alik nak dari Seoul kan, Selain tu boleh jimat masa dan tenaga gara-gara duk kejar flight.



Daftar Member/Frequent Flyers



Sebahagian membership Airlines


    Jangan terbang begitu saja tanpa daftar sebagai member atau frequent flyers. Setiap mata atau point adalah dikira. Setiap kali travel, kumpul points, nanti boleh redeem balik. Kalau AirAsia korang boleh reedem tiket bermula dari 0 Point, hanya bayar tax sahaja. Kalau korang daftar member MAS, korang akan diberi 1000 point percuma. Kalau korang dapat Enrich silver/gold card , korang  berpeluang untuk check in di kaunter Business Class, priority baggage dan boleh masuk MAS Golden Lounge. Walaupun korang cakap 'Urmm,,xpelah tak apply pun xpe  membership ni,  leceh la... ' klise je ayat kan? tak nak tak pe,  Pjaz buat koleksi je membership card ni walaupun bukannya terbang jauh pun..hehe

 

 

Naik kapal terbang yang berbeza



  Kadang-kadang ramai yang yang mengeluh 'aishh,,mahal la tiket ni' penyelesaiannya macam ni, jangan duk tengok satu airlines je, korang kena rajinkan diri korang terjah mana-mana website yang sedang buat promo route yang korang nak pergi tu, Misalnya pergi naik Malindo, balik naik MAS, kadang -kadang lebih murah dari tiket 'return' yang korang tengok satu website tu.


  Kalau untuk route luar negara, pjaz pernah search contoh  Air Asia , naik dari Manila ke Seoul, harga sangatlah murah berbanding KUL-ICN. Tapi ada pro dan kontra, korang kena beli tiket ke Manila dahulu kalau nak naik dari sana. Kalau dapat grab masa promo memang berbaloi-baloi.




Waktu membeli tiket 

   Seperti AirAsia,gemar menawarkan harga promo seperti ' Free Seat' atau promo' 0 fare' biasanya akan membuka harga promosi yang paling murah pada waktu tengah malam antara jam 1 – 5 pagi. Berdasarkan pengalaman Pjaz, memang akan dapat tiket murah untuk destinasi pilihan , dan jangan stress kalau time korang nak proceed payment, data jadi error ataupun dia akan balik ke Hompage. Berpeluh-peluh hunting tiket ni nak dapakan promo punya pasal.


   Ramai yang kata kalau beli awal berbulan-bulan sebelum tarikh penerbangan adalah cara terbaik beli tiket murah AirAsia, sebenarnya tidak juga ada je Airlines lain yang menawarkan jauh lebih murah. Pernah sekali seorang kawan beli awal 1 bulan tapi kawan yang lain beli seminggu sebelum terbang lebih murah. Jadi, korang kene godek-godek la untuk dapatkan tiket murah ye.


   Selain tu, Kalau korang search tiket melalui web dan melalui apps di handphone, harga kadang-kadang beza banyak. Pengalaman Pjaz tengok tiket ke KUL-KBR dalam website RM 121.00, tapi dalam web di handphone hanya RM 60.00 untuk seorang.Biasanya malam la, tapi tak tentu jugak. Jimat kan? tapi kalau nak beli melalui ni, pastikan wifi atau mobile data korang tu kuat.



Selamat mencuba =)




About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top