leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Serpihan Bangkai Sayap Pesawat Sah Milik MH370
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi m...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi minggu lalu milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. 

Mengumumkan perkara itu kira-kira jam 2 pagi ini, Najib menyatakan siasatan pakar antarabangsa mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat milik MH370 selepas 515 hari kehilangannya. "Penemuan ini menunjukkan terdapatnya bukti fizikal pesawat MH370 terhempas di kawasan terbabit.

 "Saya turut menyampaikan dukacita kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 walaupun maklumat ini agak menyedihkan. Kehilangan mereka akan terus diingati," katanya dalam sidang media khas MH370, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

2⃣9⃣0⃣1⃣1⃣5⃣~ Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar selepas sejam berlepas.

Pada 29 Januari 2015, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah mengistiharkan penerbangan MH370 sebagai kemalangan dan semua mereka didalam pesawat itu dianggap maut.

Pengumuman itu dibuat supaya pampasan boleh dibayar kepada waris mangsa.

Al Fatihah diucapkan untuk keluarga mangsa.

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top