leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Merungkai Rahsia Pertanyaan Iblis
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan...




Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.


◆  Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: 

" Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 

"Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "


◆ Iblis berkata:

"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." 

Firman Allah s.w.t yg bermaksud: 

"Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan (  pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."


◆ Iblis berkata lagi:

"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).


◆  Iblis berkata:

"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 

" cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"



◆ Iblis bertanya lagi:

 "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". 


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan  mu ialah seruling."


◆ Tanya iblis lagi:


"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."


◆ Kata iblis: 

"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)


◆  kata iblis:

"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." 

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."


◆ Kata iblis:

"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 

"wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."


◆ Kata iblis:

"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah." 

Allahualam..

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top