leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Tips Langkah Keselamatan Jalan Raya di Musim Perayaan
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Lebih kurang seminggu lagi untuk menantikan perayaan Aidilfitri, pastinya dalam kalangan kita akan pulang ke kampung halaman masing-m...


Lebih kurang seminggu lagi untuk menantikan perayaan Aidilfitri, pastinya dalam kalangan kita akan pulang ke kampung halaman masing-masing.
Pada musim inilah kadar kemalangan jalan raya dilaporkan terus meningkat. Sebagai pengguna, kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan sentiasa berhati-hati.

Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu :

☆ Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

☆ Ikut had laju yang ditentukan.

☆ Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

☆ Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.

☆ Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.

☆ Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

☆ Elakkan mencelah di antara kenderaan.

☆ Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.

☆ Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk.

☆  Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.

☆  Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.

☆ Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan.

☆ Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas .

☆ Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamat.

'Pandu cermat jiwa Selamat'


About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top