leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Tips Diet Ketika Raya
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
  Tips diet ketika raya, ■ MAKAN SECARA SEDERHANA Tiada diet khusus untuk sambutan hari raya, sebaiknya sebagai wanita ya...

 

Tips diet ketika raya,


MAKAN SECARA SEDERHANA


Tiada diet khusus untuk sambutan hari raya, sebaiknya sebagai wanita yang matang kita perlu bijak dalam mengawal pemakanan. Sambutlah hari raya dengan sederhana kerana makanan pada hari raya boleh dikatakan kebanyakannya terdiri daripada makanan berat. Hari raya jangan dijadikan tiket untuk kita menikmati pesta makan dan membalas dendam selepas berpuasa selama sebulan.


KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK DAN BERKOLESTEROL


Tidak dinafikan pelbagai hidangan disajikan ketika mengunjungi saudara-mara, tetapi anda sebaiknya cuba elakkan memakan terlalu banyak makanan berminyak dan berkolesterol tinggi seperti sup tulang, gulai daging, satay, lemang dan sebagainya. Tidak salah menjamah, tapi tidak terlalu banyak.


KURANGKAN MINUMAN BERGAS

Selain daripada menjaga pemakanan, minuman manis juga perlu dikurangkan seperti minuman berkabornat. Ramai di antara kita mengambil langkah mudah dengan menghidangkan air bergas untuk tetamu, sebagai tetamu anda sebaiknya perlu bijak mengawal diri dengan banyakkan minum air putih.


AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG

Setiap hari sebelum keluar dari rumah, apa kata rancang perjalanan anda untuk sepanjang hari. Kemudian, cuba atur diet , sekiranya rumah pertama anda telah ambil nasi lemak, rumah seterusnya mungkin anda boleh menikmati pemanis mulut seperti puding roti atau sebagainya. Namun, segalanya bergantung kepada diri sendiri.

LAKUKAN SENAMAN

Walaupun sibuk dengan jemputan rumah terbuka saban minggu, anda sepatutnya tidak melupakan rutin wajib untuk mengekalkan kesihatan tubuh iaitu senaman. Cuba curi masa sekurang-kurangnya berjogging setempat sebelum memulakan hari anda. Pastikan anda melakukan senaman secara berjadual.


P/s: Raya kan sebulan,, alang-alang qada terus makan yang mana tertinggal,, hehhe

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top