leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Khasiat Air Nabeez
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
  Apa tu air nabeez? ▪ Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins).  Kurma atau kismis di rendam ...

 



Apa tu air nabeez?

▪ Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins).  Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginyer.

▪ Sumber mengatakan: air nabeez nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yg dah lembik tu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez nie dikatakan sebagai sunnah nabi. 


Khasiat kurma:


Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasullah s.a.w. ini.

▪ Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

▪ Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

▪ Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

▪ Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Sabda Rasulullah SAW :
》 “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)


Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-

◆ Pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)

◆  Tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)

◆ Pemberi zat besi yang sangat bagus.

◆ Kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah

Khasiat air nabeez:


■ Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox.

■ Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.

■ Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.

■ Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout.

Cara membuat air nabeez:

■ Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.

■ Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalo takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.

■ Air nabeez tu boleh diminum begitu sahaja / boleh dikisar sebelum diminum.

■ Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh jugak. Caranyer ambil segenggam kismis dan direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak.  

■ Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan petang / malam.  Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma / kismis di waktu pagi.

Pantang larang dalam membuat air nabeez:

 
Hanya gunakan salah satu daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer ~ kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.

Air nabeez nie kalo disimpan di dalam peti ais ~ boleh tahan 1 ~ 2 hari.


》 Tapi dilarang meminum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma  / kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air rendaman kismis / kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram diminum《



Oleh itu, adalah lebih baik air nabeez ni dibuat fresh daily. 


About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top