leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Kaedah Mudah Mengira Tarikh Bersalin (EDD)
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
  Pjaz nak kongsi sedikit tips mudah untuk mengira tarikh bersalin atau dikenali sebagai Estimate Due Date (EDD) Kaedah untuk mengira sa...
 

Pjaz nak kongsi sedikit tips mudah untuk mengira tarikh bersalin atau dikenali sebagai Estimate Due Date (EDD)
Kaedah untuk mengira sangat banyak tapi pjaz nak kongsi cara yang paling senang =)

Biasanya kalau kita dah buat buku pink di Klinik Kesihatan , di buku akan ditulis LMP dan EDD.

Mula-mula kena faham dulu apa itu LMP dan EDD:

LMP       : Last Menstrual Period. LMP merujuk hari pertama kedatangan period kita yang terakhir.

EDD        : Estimated Due Date. EDD merujuk kepada tarikh jangkaan bersalin.

Ni salah satu Formula pengiraan EDD yang pjaz guna masa student dulu:

 ❀ Tarikh LMP korang
 ❀  Tambah 1 tahun+ 7 hari
 ❀ Tolak 3 bulan
( LMP+ 1 Tahun 7 hari - 3 bulan(Tolak bulan dari Januari hingga Disember)



Contoh Soalan 1:


LMP ➡ Hari pertama period terakhir korang ialah pada bulan lepas iaitu 18 JUN 2015. Hari pertama period tau, bukan hari terakhir

Penyelesaian: 

Gunakan Formula EDD ( LMP+ 1 Tahun 7 hari - 3 bulan)

  ✾ LMP 18 JUN 2015 + 1 Tahun = 18 JUN 2016 + 7 hari =  24 JUN 2016 -3 Bulan = Bulan MAC 2016, Jadi tarikh bersalin yang dijangka adalah pada 24 MAC 2016.
 
 Contoh Soalan 2:

 LMP ➡ Hari pertama period terakhir korang ialah pada bulan lepas iaitu 30 JULAI  2015. Hari pertama period tau, bukan hari terakhir


 Gunakan Formula EDD ( LMP+ 1 Tahun 7 hari - 3 bulan)

  ✾ LMP 30 JULAI 2015 + 1 Tahun = 30 JULAI 2016 + 7 hari =  5 OGOS 2016 -3 Bulan = Bulan MEI 2016, Jadi tarikh bersalin yang dijangka adalah pada 5 MEI 2016.

Selain pengiraan secara manual pengiraan EDD menggunakan kalkulator online juga boleh digunakan. Pengiraan menggunakan kalkulator ini memang berbeza 3-5 hari daripada pengiraan secara manual. Kalkulator EDD Online

EDD cuma jangkaan tarikh bersalin. Dikatakan hanya 10% daripada ibu hamil yang menepati EDD tersebut. Kebanyakan yang lain akan bersalin sekitar awal 2 minggu EDD sehingga lewat 2 minggu daripada EDD.



About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top