leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Juadah Popular Hari Raya Aidilfitri
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Selang beberapa hari lagi nak menyambut kedatangan Bulan Syawal, mesti dalam fikiran duk terbayang hidangan untuk menyambut Hari Ray...

Selang beberapa hari lagi nak menyambut kedatangan Bulan Syawal, mesti dalam fikiran duk terbayang hidangan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pjaz nak kongsikan antara juadah popular pada pagi raya Aidilfitri  di kelantan, 

◇ Nasi impit memang salah satu menu wajib pagi raya.Nasi impit kalau kat kelantan lagi ohsem makan dengan sambal ikan atau kelapa. Ore klate panggil 'nasi kapit ssambal'.   Yum3


◇ Ketupat daun palas yang menjadi kegemaran orang kat sini iaitu ketupat palas goreng. Goreng dalam minyak panas, angkat lepas tu siap, hehe.  Kalau yang goreng boleh cicah dengan susu atau , 'nisse'. 



◇ Kalau tak ada nasi dagang masa raya memang tak sah. Area Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu nasi dagang beza tau. Kalau kat Kelantan nasi dagang warna merah putih, lauk kegemaran gulai udang, ikan tongkol,  gulai serati, gulai ayam kampung. Kalau kat terengganu, beras nasi dagang warna putih, lauk kegemaran ikan tongkol pedas..Marbeless


◇ Satay pun salah satu menu wajib pagi raya. Letak kuah banyak-banyak, yang ni memang ohsem,, hehe



◇ Roti jala dengan kuah kuzi ayam memang ohsem. Tapi trend sekarang roti jala berwarna warni kan,  sekali nak cicah kuah, dengan kuah pun bertukar warna.kihkih 



 ◇ Gulai serati paling femes dekat Kelantan kalau hari raya, sebab nya gulai ni susah nak dapat kalau hari biasa. Dulu-dulu  setiap tahun arwah tok wan buat gulai serati sampai 3-4 ekor. Sapa-sapa yang tak pernah makan memang rugi sebab rasa daging serati ni memang lain dari yang lain. Mohon terliur..hehe


 ◇ Tapai daun getah atau tapai daun pisang yang paling femes kalau masa raya. Cara buat tapai ni banyak pantang larang yang kena ikut, kalau tak kena memang tak menjadi.



◇ Tanpa lemang ketika raya memang tak lengkap kan , feveret pjaz kalau lemang sangat ohsem dimakan dengan rendang daging. Nak buat memang leceh, beli je senang kan.

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top