Pengertian puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat seperti berikut
Niat puasa esok hari:[Sebutan dalam rumi] Nawaitu souma ghodin 'an adaa'i, fardhi syahri ramadhaana hadzihissanati lillahi ta'ala.
Maksud: Sahaja aku puasa esok hari fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Niat puasa sebulan bulan Ramadan:[Sebutan dalam rumi] Nawaitu souma syahri ramadhaana kullihi lillahi ta'ala.
Maksud: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Ta'ala.
Doa berbuka puasa:
[Sebutan dalam rumi] Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin.
Maksud: Ya Allah keranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka; Dengan RahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Post a Comment