leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Kenali Tanda-tanda Lelaki Merajuk
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Ada orang kata, buruk benor rupanya kalau lelaki merajuk. Tetapi pernah ke korang  tengok lelaki merajuk? Pernahkah anda lihat lela...






Ada orang kata, buruk benor rupanya kalau lelaki merajuk. Tetapi pernah ke korang  tengok lelaki merajuk? Pernahkah anda lihat lelaki tarik muka? Sebenarnya semua manusia, tak kira lelaki atau perempuan memang ada perasaan merajuk.

Merajuk biasanya terjadi apabila

seseorang memendamkan rasa tidak puas hati atau marah terhadap orang yang rapat atau baik dengannya. Apakah tanda-tanda awal seseorang lelaki merajuk?


Tanda-tanda lelaki merajuk:
 


:m: Diam seribu bahasa

Dia diam sahaja tanpa sebarang kata sepanjang bersama dengan anda. Bila anda bercakap dia hanya mengiakan atau menganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pon tidak melayan anda seperti sebelumnya. Jika ini berlaku, memang sah dia sedang merajuk dengan anda.

:m: Buat tidak tahu

Dia buat tidak tahu tentang anda. Jika anda bercakap atau meminta pertolongan dengannya, dia buat-buat macam tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga membuat anda seperti tidak wujud di depannya.

:m: Menolak untuk keluar atau makan bersama

Orang lelaki yang sedang merajuk biasanya enggan bertentang mata dengan pasangannya. Jadi jika si dia memberi pelbagai alasan untuk berjumpa atau makan bersama, maknanya dia sedang merajuk.

:m: Bermuka masam
Biasanya lelaki merajuk buat muka masam. Sudahlah tak mahu bercakap, buat muka masam pula. Ini adalah sikap lazim orang yangs sedang merajuk.

:m:Baca surat khabar

Tabiat biasa orang lelaki ialah membaca surat khabar. Tetapi jika asyik baca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab ketika bersama dengan anda, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang menganggu dirinya.


:m: Menonton TV

Dia menonton rancangan TV bukan kegemarannya dengan bersungguh-sungguh ketika anda ada bersama. Sebenarnya matanya ke TV tapi hatinya ke lain.

 

:m: Keluar rumah tanpa memberitahu
Ada lelaki tidak mahu memberi keluar rumah tanpa memberitahu ke mana dia pergi, kononnya nak tunjukkan protes.


About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top