leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Penyakit HFMD (Penyakit Tangan,Kaki dan Mulut)
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71...


Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.




 Tanda-tanda:
 
• Anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam 

• Anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin 

• Demam lebih tiga hari

•  Sakit mulut semakin teruk 

• Mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.


Langkah-langkah pencegahan:

• Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan


• Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin


• Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain


• Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas


• Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin


• Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci 


• Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin 


• Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya


• Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian


• Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD 


• Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya


• Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top