leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: #BloggerTalk | 5 Perkara Menarik Tentang Negeri Cikpjaz (Kota Bharu, Kelate)
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!! Kembali semula dalam segmen #BloggerTalk Segmen Sahabat Blogger minggu ni. Ni dah masuk minggu yang ke 5. Ni pertama kali...
Salam readers!!

Kembali semula dalam segmen #BloggerTalk Segmen Sahabat Blogger minggu ni. Ni dah masuk minggu yang ke 5. Ni pertama kali Pjaz join segmen ni, Harapnya ia akan berterusan..
#BloggerTalk ni mampu menyemarakkan lagi hubungan antara blogger samada yang masih baru mahupun otai. 

Pjaz berasal dari Kelantan,dan semestinya Pjaz akan kongsikan 5 perkara menarik tentang Negeri Kelantan. Ore kato 'This is Pantai Timur'.haha. Jadi harap maklum kalau loghat kelantan digunakan dalam entri ni.Mohon translate.haha

1) Pasar Siti Khadijah

Pasar ni meme sinonim denge masayarakat klate, boleh dikatakan sebagai tempat tumpuan utama para pelancong kalau mari sini. Rata-rata hok jual sini mokcik-mokcik. Meme rugilah kalau tak singgah sini, sebab pelbagai barangan dijual, samada barangan basah atau kering. Ada so lagi demo kena tahu, kalau nak kain murah, mari lah shopping sini, gerenti murah wehhh,,hahha.




2) Nasi Dagang

Setiap negeri mesti ado makanan rasmi ye dok? Kalau kat Kelate hok paling femes, semestinya nasi dagang. Nasi dagang biasanya dihidangkan dengan ikan tongkol, kalau ore klate panggil 'ikan ayo'. Tapi lauk hok paling femes dimake dengan nasi dangang, gulai serati, meme nyakut sungguh.
Proses nak buat nasi dagang ni jangan demo ingat sene, sebab kena 'arong' dulu baru masak sepenuhnya. Tapi kalau demo mari klate,wojib mari make nasi dagang klate terr.




3) Dikir Barat

Negeri Kelate meme sinonim dengan dikir barat. Tok soh kalau tak dengar dikir barat. Hok paling best bila ' Tukang karut' dan 'Tok Jogho' secara spontan menyampaikan dikir barat, takdok skrip ye. Dan iikuti 'awok-awok' sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.




4) Nasi Kerabu

Selain nasi dagang, ada satu lagi makanan popular di Klate. Semestinya Nasi Kerabu. Aishh, toksoh duk oyak lah meme sedap nasi kerabu ni. Kalau mari Klate banyak duk jual di warung, pasar malam pun ada. Ada ore tanya, bakpo warna pelik jah nasi kerabu tuh? Sebabnyo warna 'purple' nasi kerabu tu dia guna 'Bunga Telang', selain nak bagi warna kat nasi tu, bunga ni jugak nak mewangikan nasi kerabu tu. Nasi kerabu ni dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk seperti ayam bakar,daging bakar,ikan celup tepung, telur masin, solok lada dan banyak lagi. Meme marbeless.

  
5)  Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan atau juga dikenali 'Pantai Chinta Berahi' salah satu tempat riadah untuk keluarga dan orang bujang jugak ye,,krik3.  Dulu sebelum pantai ni megalami hakisan, pemandangan tersangatlah cantik, ramai warung-warung yang jual 'colek'. Sekarang pun masih ada . Kalau datang ke Klate jangan lupa singgah ke Pantai PCB.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Negeri Kelantan. Sape-sape nak datang melawat Kelantan bolehla buat sebagai rujukan.

GOMO KLATE GOMO

Peace yo!! >.<

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top