leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Sejarah dan Khasiat Buah Zuriat
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!! Korang tahu tak ape itu Buah Zuriat ? Buah zuriat ini juga dikenali dengan panggilan buah adam dan hawa /buah zuriatt...


Salam readers!!

Korang tahu tak ape itu Buah Zuriat?

Buah zuriat ini juga dikenali dengan panggilan buah adam dan hawa /buah zuriattin / buah koka. Nama saja yang berbeza namun merujuk kepada buah yang sama. Buah zuriat ialah buah yang berasal daripada pokok koka. Pokok koka ialah pokok yang dipercayai digunakan oleh Nabi Noh A.S. untuk membina bahteranya ketika peristiwa banjir besar suatu ketika dahulu.



Buah ni hanya boleh didapati Jabal Uhud, Jabal Rahmah dan Gua Hirak sahaja. Kalau kat Mekah 1kg buah zuriat ni dalam RM 5.00 je yang dijual oleh masayarakat Badwi Mekah,, kalau kat sini Pjaz tengok ada orang jual sebiji pun dah mencecah rm 20. Mungkin ramai yang tak tahu khasiat buah ni. Pertama kali tengok buah zuriat ni, macam buah keras,

Tapi ada jugak yang pertikai pasal buah zuriat ni, "eh, makan buah ni boleh hamil ke?" pada pendapat Pjaz rasanya tak salah mencuba, lagipun buah ni memang asal dari Mekah,, 
Mama pjaz yang lenguh-lenguh sendi balik dari Mekah cuba mengurut dengan Buah zuriat ni, Alhamdulillah memang rasa kurang lenguh2,

Antara Khasiat lazim Buah Zuriat:

1) Boleh menyebabkan kehamilan (Dengan izin Allah SWT)

2) Boleh mengurangkan lenguh-lenguh badan.




Cara makan Buah Zuriat:

- Rebus 2 biji kerana ada berpendapat selain nama buah zuriat ia dikenali sebagai adam & hawa

- Selepas kulit luar lembut dan boleh di belah, ambil isi dalam (isi dia putih macam isi kelapa) 

- Rebus isi tersebut hingga bertukar warna air, kemerahan spt warna air teh 

- Minum air tersebut selama 44 hari @ mengandung/diminum oleh suami isteri

- Boleh rebus berulang kali sehingga air bertukar warna cerah/putih




Sebelum minum air rebusan tersebut, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali: 
“RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.
(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200 dan Surah Al-Anbia Ayat-89).

Baca sebanyak 3 kali dan buat dua kali sehari kalau boleh sampai habis.
Pada hari ke-8 selepas haid dianjurkan berpuasa 3 hari berturut-turut dan sebelum berbuka bacalah doa yang tersebut di atas. Cuba bersama bulan itu pada hari subur.



" Allah SWT punya rencana yang sangat baik untuk setiap hambaNya. "


About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top