leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Teknik Menghisap Susu Dengan Betul
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers.. Posisi lekapan adalah salah satu perkara yang sangat penting untuk diketahui oleh setiap ibu yang menyusukan bayi...
Salam readers..

Posisi lekapan adalah salah satu perkara yang sangat penting untuk diketahui oleh setiap ibu yang menyusukan bayi terutama sekali bagi yang baru pertama kalinya bergelar ibu dan semasa diawal minggu kelahiran.


Teknik Lekapan Ibu Dan Bayi Yang Betul

Berikut adalah tips-tips dan teknik mengajar bayi yang baru lahir untuk memulakan penyusuan susu ibu dengan betul :

  Pastikan ibu dan bayi berada dalam kedudukan dan posisi yang selesa. Kemudian letakkan bantal di belakang ibu sekiranya perlu. Ibu juga boleh meletakkan batal di atas peha supaya kedudukan bayi berada di tahap yang sama dengan payudara ibu.

  Pastikan bayi anda dalam keadaan yang aktif dan tidak mengantuk. Sekiranya bayi anda meragam ataupun menangis, tenangkan bayi terlebih dahulu.

       Bayi dapat melekap dengan selesa seandainya badan bayi berada di posisi yang betul. Pastikan anda menyokong keseluruhan badan (belakang) bayi. Mengiringkan badan bayi anda menghadap ibu dan muka bayi menghadap payudara ibu.

  Mulakan pelekapan :-

  - Bawa bayi anda kepada payudara anda tetapi bukan payudara kepada bayi. Jangan bongkokkan badan anda dan anda seharusnya berada dalam keadaan yang tenang dan relax.

  -Sentuh mulut bayi dengan puting atau jari agar bayi mula membuka mulut. Tunggu sehingga bayi membuka mulut seluas mungkin.

      - Masukkan puting dan gerakkan badan bayi rapat ke arah payudara.

  - Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar aerola payudara. Aerola adalah kawansan gelap di sekeliling puting ibu. Sekiranya breast kecil selalunya aerola pun kecil, jadi mungkin keseluruhan aerola akan masuk ke dalam mulut bayi.


  - Pastikan bayi lekap di payudara anda dengan betul dan ampu payudara anda dengan menggunakan tangan anda.

  - Pelekapan yang betul akan menyebabkan bibir bayi anda menjadi seperti 'mulut ikan'. Di payudara anda, bibir atas dan bawah akan 'melentik keluar'. Puting anda juga sepatutnya menyentuh lelangit lembut dan bukannya lelangit keras bayi.


  Sekiranya pelekapan tidak betul dan sempurna, lepaskan semula bayi daripada payudara dengan memasukkan jari kelingking ke dalam mulut bayi. Ulang semula proses lekapan sehingga bayi lekap dengan cara yang betul. Pelekapan yang tidak betul akan menyebabkan puting anda melecet selepas 1-2 kali penyusuan.



  - Pelekapan yang sempurna akan menjadikan dagu bayi akan menyentuh payudara ibu. Pipi bayi akan bulat dan anda boleh melihat bayi anda menggerakkan keseluruhan rahangnya. Anda akan rasa bayi menghisap payudara anda dan mendengar sedikit bunyi bayi anda menyusu. 
 - Hidung bayi juga mungkin akan tertutup sedikit dengan payudara anda. Jangan risau, pastikan ada sedikit ruang untuk bayi anda bernafas (sebelah lubang hidung pun sudah memadai). Seandainya bayi anda kelihatan agak struggle, kemaskan posisi kedudukan bayi anda.




About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top