leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Permohonan Online BR1M 4.0 Tahun 2015
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam Readers  Tempoh Permohonan Online : 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000= RM95...
Salam Readers


 Tempoh Permohonan Online : 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014



Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000= RM950
Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

   Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000= RM750
Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.

  Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan= RM350
Kadar BRIM 4.0 dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015.
Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Tahun 2015
 
  Warganegara Malaysia 
 
  Berumur 21 Tahun Keatas 
 
  Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah 
 
  Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000 
 
  Individu Bujang 21 tahun keatas yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah 
 
Skim Khairat Kematian RM1,000. Kerajaan juga akan menggantikan skim insurans tak aful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun

Harap-harap dapat la tahun depan, sepatutnye gaji pokok bawah 2k semuanya dapat. Ini nk kne buat rayuan la bagai, ok selesai sessi luahan

fight our needs...
 
Bagi pemohon baru, boleh mendaftar secara online  atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma bagi yang dah mendaftar korang hanya update maklumat peribadi dan maklumat bank.

Borang Permohonan Secara Online BR1M 4.0
 
https://ebr1m.hasil.gov.my

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top