leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
  Salam readers!!!   Rentetan Task 1 dalam cabaran Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur bersama Man Raja Lawak Anjura...
 Salam readers!!!


http://www.blooggers.com/2014/10/cabaran-winter-in-busan-blooggers.htmlhttp://english.visitkorea.or.kr/enu/index.kto





 Rentetan Task 1 dalam cabaran Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur bersama Man Raja Lawak Anjuran Bloogers Dot Com dan Majalah Libur, Task yang Ke 2 telah pun dilancarkan dengan Tajuk Entri 'Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan'. Busan salah satu bandar kedua terbesar selepas ibu negara Korea Selatan iaitu Seoul.Busan juga mempunyai banyak tarikan yang ramai tidak tahu, oleh itu Kenapa Pjaz nak Bercuti Ke Busan?
Pjaz nak ringkaskan mengikut kategori yang pjaz rasa sangat dekat dengan jiwa, antaranya:

1) Kebudayaan dan Kesenian
2) Bahasa
3) Makanan yang sangat ohsem
4) Tempat Pelancongan yang menarik



1)Kebudayaan dan Kesenian

 Jika Pjaz diberi peluang untuk ke Busan, Pjaz sangat suka kebudayaan masyarakat orang Korea, jika korang ke Busan jangan lupa singgah ke Gamcheon Cultural Village, salah satu perkampungan Kebudayaan yang sangat unik dan sangat menarik.
  
 

Gamcheon Cultural Village ni mendapat banyak gelaran antaranya Santorini of the South Sea, Korea's Santorini, Korea's Machu Picchu dan ada juga yang bagi gelaran sebagai Kampung Lego. Perkampungan ini terletak berhampiran laut,  jadi pemandangan di sini sangat cantik. Bagi mereka yang suka bergambar inilah tempatnya, sambil-sambil menikmati suasana perkampungan Gamcheon dan mengenali kebudayaan masyarakat di kampung tersebut.

   

Di dalam masyarakat Korea secara umumnya sangat menitik berat terhadap penjagaan Kebudayaan dan Kesenian dari nenek moyang. Jika anda ke Busan di sekitar kawasan pelancongan Yongdusan Park ada pertunjukan kebudayaan dan kesenian seperti Tarian 'Samgomu Ogomu' iaitu tarian  dengan pakaian tradisional khas Korea menari-nari sambil memukul drum. Formasi penari adalah 5 orang  Gerakan yang serentak serta tabuhan yang berirama membuatkan tarian ini sangat unik pada mata Pjaz.



  Anda juga boleh menikmati Tarian Tradisional Korea yang lain seperi 'Tarian Buchaechum'. Tarian ini penarinya membawa kipas besar dan kostumnya yang begitu berwarna dan sangat menarik. Kalau anda ada menonton Drama Korea yang berlatangkan zaman 50an, tarian ini sangat popular. Pjaz sangat kagum dengan tarian ini, pelbagai  formasi boleh dilakukan.


Di Busan juga ada menyediakan perkhidmatan utnuk mencuba pakaian tradisional korea iaiatu Hanbok. Korang boleh ke Culture Centre berhampiran Muzium Busan untuk untuk mencuba hanbok. Teringin sangat nak pakai Hanbok ni boleh 'feeling' ala-ala princess..hehhe


2) Bahasa

Bahasa Hangul adalah bahasa yang dituturkan segenap masyrakat di Korea. Bahkan, orang asing pun berlumba-lumba untuk belajar bahasa ni,hehe. Pjaz pun mula belajar bahasa korea ni. Mengikut pembacaan Pjaz, di Busan percakapannya berlainan sedikit dari Seoul dan lebih sopan sedikit. Mungkin perbezaan 'dialek' bahasa formal dengan bahasa daerah kan. Pjaz rasa mesti seronok kalau dengar orang Busan ni bercakap. Setakat nak cakap 'Anyonghaseyo', 'oppa Mujiseyo' tu Pjaz boleh la..heheheheh.


3) Makanan

Jika Pjaz dapat pergi ke Busan, Pjaz nak terokai semua makanan di Busan, dan salah satunya adalah Kimchi. Walaupun Busan terkenal dengan makanan laut, kimchi tak akan terpisah walaupun seinci. Pernah dengar tak 'Kimchi dengan sotong kurita? kalau dekat rumah pjaz hanya buat kimchi plain sahaja. Kalau korang nak tahu, kimchi ni sangat berkhasiat, walaupun kimchi yang Pjaz buat tak original seperti orang korea, auranya tetap ada.hehe.





 Ini adalah 'homemade kimchi' yang Pjaz buat dan di kongsikan di dalam instagram.

Di Busan juga terkenal dengan sumber makanan laut, Pjaz nak cuba sangat 'stew seafood', 'kimchijeon dengan seafood'. Pjaz difahamkan kalau nak tengok spesis yang pelik-pelik, kat Busan lah tempatnya terutamanya di Pasar Jalgachi. 

 

 

Kimchijeon (Korean Pancake)

Kalau pencuci mulut yang pjaz sangat nak cuba di Busan adalah 'Patbingsu' pencuci mulut ala-ala ABC yang dicampur dengan kacang merah, kekacang dan susu. Sekali pandang pun dan menggiurkan.

 

 Selain itu, 'Red bean mochi', kuih dia sangat kenyal, dibaluti dengan inti kacang merah. Kalau cakap bab-bab makanan memang penuh 'list'. hehe


 4) Tempat Pelancongan

Busan mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan harus dilawati bila berkunjung ke Korea, antara tempat pelancongan yang ingin Pjaz lawati, antaranya Jagalchi Market, Gamcheon Cultural Village, Pantai Haeundae, Yongdusan Park, Busan Akuarium,Jambatan Gwangwan,Taejongdae, Muzium Busan dan banyak lagi. Pjaz rasa Busan antara tempat pelancongan yang sangat santai dan sangat dekat dengan masyarakat Korea khasnya. Dan sebab inilah Pjaz nak sangat mengenali Busan secara dekat.

Secara ringkas, Kenapa Saya Nak Bercuti ke Busan kerana untuk megenali masyarakat disana, mengenali kebudayaan dan kesenian orang Busan. Selain mencuba kepelbagaian makanan dan tempat tarikan pelancong, kefahaman untuk belajar bahasa Hangul juga antara tarikan bagi Pjaz.

Jalgayo..




http://libur.karangkraf.com/




About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top