leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Kecederaan Hamstring
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Apa itu kecederaan hamstring? Kecederaan hamstring boleh didefinisikan sebagai kekejangan, ketegangan atau tarikan otot yang berlaku di b...
Apa itu kecederaan hamstring?

Kecederaan hamstring boleh didefinisikan sebagai kekejangan, ketegangan atau tarikan otot yang berlaku di belakang paha. Kecederaan ini cukup popular dalam kalangan pemain bola sepak selain kecederaan ACL (Anterior Cruciate Ligament).

 


Otot paha sangat penting dan berfungsi untuk membantu pergerakan di abhagian atas kaki yang melibatkan aktiviti seperti berlari, berjalan duduk, melompat dan sebagainya. Jika kecederaan ini berlaku, semua aktiviti yang dinyatakan akan terbatas. Ketegangan lazimnya berlaku apabila fiber-fiber otot menganjal melebihi tahap. Ketegangan kebiasaannya melibatkan koyakan pada fiber otot yang mengakibatkan kesakitan yang minimal kepada maksimum. Jika hamstring yang lebih serius, seseorang itu boleh mendapat pendarahan dalam sehingga tidak dapat menggerakkan bahagian badan yang cedera.

Kaedah Rawatan Hamstring

1. RICE

Ni kaedah rawatan hamstring yang tak serius. Pesakit hanya perlu mengamalkan teknik RICE, ( Rest, Ice, Compression dan Elevate). kalau ditranslate kan, iaitu berehat, tuam dengan ais, mengurangkan pergerakan dan meninggikan bahagian yang terlibat.

Kebiasaanya untuk tuaman dengan ais perlu dilakukan setiap 3 hingga 4 jam pada bahagian otot hamstring bagi tempoh 3-4 hari sehingga kesakitan berkurangan.

2. ANALGESIK (Ubat tahan sakit)

Jika kesakitan hamstring tidak hilang, analgesik adalah pilihan kedua. Jika tiada kesan dan masih lagi sakit anda perlu mendapatkan rawatan dari klinik atau hospital berdekatan.



Pencegahan


1. Lakukan warm up setiap kali bersukan atau melakukan latihan berat.

2. Lakukan senaman untuk menguatkan peha otot peha.

3. Jangan mendesak atau paksa otot kaki untuk menganjal ke tahap maksimum sebaliknya sesuaikan dengan kemmapuan diri.

4. Otot kaki yang belum mencapai kecergasan ke tahap yang dikehendaki boleh mengundang kecederaan hamstring.

Haritu pjaz buat SQUAT 50 kali tanpa buat senaman ringan dulu, mula-mula memang rasa tak sakit. Keesokan bangun pagi, dua-dua belah kaki tak boleh pijak lantai dan sakit sangat. Walaupun nak buat apa-apa aktiviti panas kan dulu badan sebelum buat..hehehe




About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top