leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Apa Yang Menarik Di Busan
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
  Annyonghasseyo.. Rasa bersemangat untuk buat entri Negara yang terkenal dengan Tsunami KPOP ni. Mana tidaknya Busan pun salah satu...
http://www.blooggers.com/
 


Annyonghasseyo..

Rasa bersemangat untuk buat entri Negara yang terkenal dengan Tsunami KPOP ni. Mana tidaknya Busan pun salah satu bandar peabuhan terbesar di Korea dan bandar kedua terbesar selepas Bandar Metropolitan, Seoul. Jarak dari Seoul ke Busan hanya 3 jam dengan menaiki KTX. Sebagai nurse backpackers ni, ketahanan dan kesungguhan untuk 'study' peta Seoul dan Busan sangat mencabar. Dan Busan salah satu bandar idaman pjaz. Dengan itu Pihak Bloogers Dot Com Kerjasama Majalah Libur telah buat satu Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur bersama Man Raja Lawak




Jom kita berpantun ala busan ni..


Pergi ke  pasar berjumpa Ahjumma,
Bekal dibeli dibawa ke Ilsan,
Harap niat dihati diterima,
Tempat menarik dihati sudah tentunya Busan.


Pjaz suka menonton  "Backpackers Travels" dalam Saluran KBS yang memaparkan keindahan segenap tempat di korea. Busan tidak kurang hebatnya.Di Dalam Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur - Task 1 ni, ke jiwaan untuk menaip dan berkongsi tempat mnearik di Busan sangat membuak, apa tidaknya sekarang Pjaz dah mula 'study' untuk ke Seoul tahun depan, dan jika diberi peluang untuk ke Busan, Pjaz sangat hargai sebagai nurse backpackrs..hehe,
Jika Pjaz diberi peluang untuk menerokai Busan, tempat-tempat yang ingin dituju antara nya.

Untuk Task 1: Apa yang menarik di Busan?


1. Pasar Jalgachi




Sebut sahaja Busan, mesti tempat pertama yang pjaz ingin pergi semestinya di Jalgachi Market. Jalgachi Market adalah pasar ikan terbesar di Korea Selatan yang penjualnya didominasi oleh wanita separuh umur disebut Jagalchi Ahjumma.Pasar ini kalau boleh Pjaz bandingkan sama dengan Pasar Siti Khadijah di Kelantan, rata-ratanya penjual adalah wanita.  Selain menjual makanan laut yang segar pasar ini juga menyediakan kedai-kedai makan yang menjual makanan laut yang segar dari laut. Bayangkan kalau dapat makan 'ketam bercili, dan 'sotong kurita' masak stew dengan kimchi, memang sedap. Pjaz ada tengok dalam siri 'Korean cuisine and Dining' wanita yang menjual di pasar ni sangat gigih dalam mencari pendapatan disamping makanan laut yang dijual sangat segar.

2. Pantai Haeundae Beach 


 

Pantai Haendae merupakan pantai nombor 1 di Busan yang menjadi kegilaan para pelancong tempatan dan luar negara pada musim panas. Pantai ni sangat cantik dengan kebiruan air laut dan pasir putih  sesuai untuk aktiviti laut. Pjaz difahamkan pelbagai acara kebudayaan dan festival dilakukan disini sepanjang tahun untuk menggalakkan pelancong datang ke pantai ini. Aktiviti yang sering dilakukan disini adalah aktiviti jet ski, luncur air dan sebagainya. Mungkin ramai yang tidak tahu akuarium terbesar di korea terdapat disini, terletak betul-betul sebelah Pantai Haeundae yang menyajikan  simulator dan terowong bawah air sepanjang 80 meter. Aktiviti sebegini akan menarik minat kanak-kanak untuk menyukai hidupan laut. Mengagumkan bukan. 

3.  Yongdusan Park


 

Jika di seoul ada Namsan Tower yang gah, di Busan ada Taman Yongdusan terletaknya Menara Busan setinggi 118 meter yang menyajikan pemandangan menghadap laut yang terletak di kaki gunung Yongdu.. Taman Yongdusan mendapat nama dari gunung (yongdu) yang bentuknya menyerupai naga yang muncul dari laut. Menara Busan ni sesuai sangat untuk bergambar macam pjaz dan boleh meninggalkan kenangan secara simbolik dengan mangga kunci mengihasi pagar di sekeliling menara.

4. Gamcheon Cultural Village 

Dahulunya kampung ni adalah tempat tinggal setinggan para penduduk. Diatas keperihatinan pelbagai pihak, Gamcheon Cultural Village telah menjadikan kampung ini sebagai tempat tumpuan pelancong. Tempatnya sangat cantik dihiasi dengan lukisan dan seni kreatif seperti Art Street di Penang.Sangat bewarna-warni, Sudah semestinya tempat menarik ini  sesuai untuk dijadikan tempat mencari ilham dan ketenangan disamping bergambar untuk dijadikan sebagai kenangan.







 Disini juga terdapat galeri yang menempatkan sejarah Gamcheon Cultural Village. Pjaz paling suka seni kreatif kayu yang memaparkan gelombang berbentuk ikan. Sangat menarik dan unik.

5. Gukje Market Area



 

Jika  ingin berbelanja  ala pasar tradisional berkunjunglah ke Gukje Market yang merupakan pasar tradisional terbesar di Busan dan telah ada sejak tahun 1950an. Pasar ini ibaratnya  Pasar Namdaemun di Seoul. Kita boleh membeli barang-barang seperti pakaian dengan harga yang lebih murah. Kata orang pasar tradisional lebih baik dari pasar moden bukan? Salah satu tips nak dapatdengan harga murah, panggil lah 'ahjumma' tu dengan gelaran 'onnie' (kakak).. hehe


Ni diantara tempat teringin sangat pjaz nak pergi, 'Jiwa Korea' akan masuk didalam jiwa jika kita terima kebudayaan dan kehidupan mereka, bukan setakat meminati KPOP. Dah sesuai dengan bermata sepet kalau diberi peluang ke sana.




Jalgayo (Bye2) 


http://www.blooggers.com/http://english.visitkorea.or.kr/enu/index.kto 
http://libur.karangkraf.com/

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top