leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Berkabung dalam Pandangan Islam
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
 Pandangan memakai pakaian hitam ketika berkabung: Dari segi islam tiada dianjurkan untuk pakai baju hitam atau bewarna putih atas p...
  •  Pandangan memakai pakaian hitam ketika berkabung:

Dari segi islam tiada dianjurkan untuk pakai baju hitam atau bewarna putih atas penghormatan atau berlaku sebarang musibah. Pemakaian baju hitam jika diatas niat untuk perkara tersebut tidak dibolehkan kerana mengikut amalan kristian.,Sebaiknya berdoa memohon keampunan dan kerahmatan dari Allah. Jika sekadar pakai tidak mengapa.

  •  Amalan berkabung untuk wanita:

Jika isteri kehilangan suami:

Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)

“Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, sepuluh hari..”.

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).





About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top