leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Tips Melancong ke Kemboja
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
  TUKARAN WANG    Matawang yang diguna dikemboja adalah matawang US Dollar, agak mahal lah sikit kalau nak berbelanja, tap...





  TUKARAN WANG

   Matawang yang diguna dikemboja adalah matawang US Dollar, agak mahal lah sikit kalau nak berbelanja, tapi berbaloi. Matawang riel diorang guna jugak, tapi kita as traveller baik tukar usd je, sebab rugi tukar riel. Pjaz pun ada lagi simpan matawang riel ni buat kenangan. Kalau nak tukar pun rugi, hehhe. Kalau bawak 300usd pun dah lebih cukup untuk 5hari.

PENGANGKUTAN

   Pengangkutan awam yang biasa digunakan kat sana, tuktuk. Lebih kurang 5 hari pjaz kat sana memang guna tuktuk je. Tapi korang harus tanye dulu harga sebelum naik, sebabnye pjaz dah terkena. Harga diorang letak memang tak munasabah terutama dalam aiport. Kalau kat luar aiport memang ramai pak cik2  tuktuk yang tunggu kat luar, harga pun murah sikit berbanding tuktuk aiport ni.  Pemandu tuktuk aiport hi ada yang baik, selebihnye memang menyakitkan hati.  Kalau dalam aiport dia ambil 7usd, kalau kat luar aiport dapat 5usd. Kalau nak pusing2 dalam bandar 10 usd.

   Kalau korang dari pnom penh nak g siem reap, kalau nak cepat baik ambik van harga dalam 13usd je, kalau bas 11 usd, tapi masa sangat lama 16 jam cik jah oiii,sangat letih,, satu pengalaman menarik tapi ektrem. Memang padat dalam bas tu. R&R diorang macam pondok je, kalau nak kencing dalam semak je. Kawasan yang bas lalu memang jalan terpencil Gps pun tak boleh nak kesan,,hehhehe.


MAKAN

   Kalau di pnom penh, pjaz jumpa 2  kedai makan rakyat malaysia, berhampiran central market, dan 1 berhampiran riverside.  Menu-menu yang di tawar kan sama kat Malaysia. Kalau korang menginap berhampiran riverside, dari riverside ada satu lagi restoren halal, tapi kena la jalan 1km. Kiteorang berpandukan GPS untuk sampai ke restoren tu. Siap lalu macam lorong tikus, pasar yang jual ba**, gigihnya nak cari makanan halal.
Kalau di siem reap, kat sana ramai muslim, jadi tak payah risau pasal makan. Paling femes muslim restaurant,  menu lembu naik bukit kalau tak silap harga 7usd. 2 hari dk siem reap memang makan kat sini, total makan sehari dalam 20usd sorang,,hahha, kalau kat malaysia x habis rm60 sehari,


PENGINAPAN

   Penginapan di Pnom Penh dan Siem reap kiteorang booking melalui booking.com, hotel selesa, harga pun jimat.



 
TEMPAT MENARIK 
   Sebelum datang ke cambodia ni, seharusnya buat research betul2, tempat - tempat menarik di pnom penh dan siem reap. 


  BAHASA

   Bahasa yang digunakan di sini adalah bahasa khmer. Tapi rakyat kemboja pandai cakap bahasa inggeris. Jadi tak payah risau bab2 bahasa ni.hehhe


SHOPPING

   Tips untuk shopping kat sini, korang kena tawar menawar dulu sebelum beli. Bodek2 sikit aunty yang jual tu,, hehhe, 


SIMCARD

   Simkad yang pjaz guna selama 5hari duk sana simkad SMART. Internet sangat laju. Simkad ni dijual dekat aiport sebelum pintu keluar, sebelah kiri. Banyak booth yang jual simkad, tapi SMART lagi ok kot. Simkad+internet 1gb+call/sms hanya 10usd.

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top