leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Tips Kesihatan: Glaukoma
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!! APA ITU GLAUKOMA?    Penyakit mata yang disebabkan gangguan pada medan penglihatan akibat kerosakan pada saraf m...
Salam readers!!


APA ITU GLAUKOMA?


   Penyakit mata yang disebabkan gangguan pada medan penglihatan akibat kerosakan pada saraf mata. Tekanan dalam mata yang tinggi adalah satu risiko. Glaukoma boleh terjadi dalam tekanan mata yang normal.






 PERBEZAAN ANTARA SARAF OPTIK YANG NORMAL DAN GLAUKOMA
 



 Saraf optik yang normal



 Saraf optik glaukoma



JENIS-JENIS GLAUKOMA




Glaukoma akut/ sudut tertutup

Glaukoma kronik/ sudut terbuka





TANDA DAN GEJALA


Glaukoma Akut:

- Penglihatan kabur

- Kemerahan pada mata

- Sakit

- Mual dan muntah


Glaukoma kronik:

- Tidak nampak anak tangga

- Terlanggar pintu atau alatan rumah yang lain disebabkan penglihatan semakin sempit.



KEBUTAAN AKIBAT GLAUKOMA 




Fungsi saraf optik menghantar mesej ke otak untuk diterjemahkan dalam bentuk penglihatan. Oleh itu, jika saraf optik rosak, pesakit glaukoma akan mengalami kebutaan.



PERAWATAN
 

- Ubatan

- Pembedahan

- Laser 
 
PENDIDIKAN KESIHATAN

- Dapatkan pemeriksaan mata dari pakar mata anda.

- Glaukoma berkait rapat dengan faktor keturunan, jika ahli keluarga anda pernah menghidap glaukoma, ahli keluarga lain harus disaring lebih awal.

- Bagi pesakit glaukoma, haruslah patuh dalam penggunaan ubat.
 




Rasullulah saw mengajar doa untuk memohon rahmat Allah swt agar dipelihara nikmat penglihatan : 
 
"Ya Allah, kurniakan kami kemampuan untuk menikmati dengan pendengaran kami, penglihatan kami, dan kekuatan kami apa yang telah engkau izinkan dalam hidup kami. Jadikanlah semua itu pewaris daripada kami."(riwayat al-tirmizi)


About Author

Advertisement

Post a Comment

  1. Bapa rakan sekerja mengalami masalah ini. Beliau dapat dikesan masalah ini diperingkat awal semasa melakukan pemeriksaan kesihatan dan telah melalui pembedahan. Faktor keturunan boleh mewarisi masalah ini.

    ReplyDelete
  2. aah,,faktor keturunan memang salah satu penyebab. kalau dirawat dari awal lagi ok sebab nanti kalau dah lama susah nak treat.

    ReplyDelete

 
Top