
kebetulan Pjaz posting dekat komuniti selama sebulan, atleast tahu la serba sedikit mengenai Antenatal, Posnatal, Maternal Child Heatlh, Imunisasi. Sekarang ni tengah sibuk duk amik kes untuk penuhkan buku aktivity, Ada masa yang terluang bolehla Pjaz kongsi Info Kesihatan ni, buat blogger yang bakal menjadi ibu ataupun tengah berpantang sekarang =]
Sape2 yang duk dekat Beris Kubor Besar, Bachok meh la singgah yer..hehhehehe
TIP-TIP UNTUK IBU YANG SIHAT & CERIA
Ibu-ibu yang menyusukan bayi adalah dinasihatkan untuk menambah pengambilan tenaga atau Kalori sebanyak 500 kalori setiap hamil berbanding sebelum hamil.
Ibu dalam pantang perlu minum air secukupnya untuk mengelakkan kehilangan air dan sembelit. Air yang perlu diminum sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Air kosong, minuman bersusu dan jus buah-buahan tanpa gula adalah pilihan yang terbaik.
Keperluan semua zat makanan adalah tinggi terutamanya ketika 6 bulan pertama penyusuan. Dengan itu, pelbagaikan pilihan makanan.
Elakkan mengambil jamu dan ubat tradisional tanpa mendapat nasihat doktor.
BERPANTANG SECARA SIHAT
Menyusukan bayi dengan susu ibu adalah pilihan yang terbaik. Oleh itu makanan yang sempurna akan meningkatkan kualiti susu ibu.
Pemakanan sihat selepas bersalin penting untuk memesatikan ibu terus kekal sihat untuk menjaga bayi. Meneruskan berpantang makanan terlalu lama tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan KZM (kurang zat makanan) terutama zat besi.
Pastikan makanan yang dipantang gigantikan dengan makanan yang lain tetapi berada dalam kumpulan yang sama.
Makanan yang dipercayai dapat menggangu kesihatan ibu ketika berpantang:
Sejuk: Kangkung, taugeh, Tembikai Angin: Sayur nangka, Pucuk ubi, Labu, Nangka
Tajam: Nenas
Bisa/Gatal: Ikan sembilang, Ikan Pari, Ikan Kembung, Udang dan Ikan tongkol.
Makanan gantian: Sawi, kailan, pegaga, brokoli, bendi, cekur manis, peria, kacang buncis, pisang, betik, epal, oren, belimbing,rambutan, buah prum, ikan selar, ikan bilis, ikan merah, ikan jenahak,ikan cencaru dan ikan gelama.
Para-para ibu yang sedang berpantang janganlah duk berpantang hanya makan ikan bakar je..cuba la berasaskan yang lain. Lecturer ada bagitahu, nasihatkan para ibu jangan amalkan makan ikan kering je masa berpantang kononya nak kurus, nanti tak ada tenaga nak jaga anak.. betul juga kan..
Sekian sahaja untuk info kesihatan hari ni,
Insyaallah untuk esok nak dapatkan kes untuk activity book,
Wish me luck
Bye2
Makanan yang dipercayai dapat menggangu kesihatan ibu ketika berpantang:
Sejuk: Kangkung, taugeh, Tembikai Angin: Sayur nangka, Pucuk ubi, Labu, Nangka
Tajam: Nenas
Bisa/Gatal: Ikan sembilang, Ikan Pari, Ikan Kembung, Udang dan Ikan tongkol.
Makanan gantian: Sawi, kailan, pegaga, brokoli, bendi, cekur manis, peria, kacang buncis, pisang, betik, epal, oren, belimbing,rambutan, buah prum, ikan selar, ikan bilis, ikan merah, ikan jenahak,ikan cencaru dan ikan gelama.Para-para ibu yang sedang berpantang janganlah duk berpantang hanya makan ikan bakar je..cuba la berasaskan yang lain. Lecturer ada bagitahu, nasihatkan para ibu jangan amalkan makan ikan kering je masa berpantang kononya nak kurus, nanti tak ada tenaga nak jaga anak.. betul juga kan..
Sekian sahaja untuk info kesihatan hari ni,
Insyaallah untuk esok nak dapatkan kes untuk activity book,
Wish me luck
Bye2













