leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: INFO KESIHATAN: KEPENTINGAN & PENJAGAAN ISTIMEWA BAYI PRAMATANG
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!  Terima kasih Pjaz ucapkan kepada readers yang bertalu-talu bertanyakan mengenai masalah kesihatan, kesihatan ibu dan...


Salam readers!! 


Terima kasih Pjaz ucapkan kepada readers yang bertalu-talu bertanyakan mengenai masalah kesihatan, kesihatan ibu dan anak dan masalah bayi. Harap jawapan Pjaz berikan berkaitan dgn soalan yang ditanya. Pjaz pun ambil pengalaman ni ketika praktikal dekat wad dan klinik, ada la sikit pengetahuan walaupun tak pro. =)

Dibawah ni terdapat sedikit informasi yang pjaz ambil dari sumber2 berkaitan dengan penjagaan bayi yang pramatang.


Bayi pra matang yang baru lahir tidak bersedia untuk berdepan dengan dunia sebenar. Masih ada bahagian tertentu dalam tubuh badan yang kecil tidak matang dan belum terbentuk sempurna seperti paru-paru, sistem penghadaman, sistem imun dan kulit.

Berada di wad khas untuk bayi pra matang adalah kemestian yang dilalui oleh bayi ini.

Wad Neonatal Intensive Care Unit (NICU) merupakan wad yang persekitarannya dilindungi untuk bayi-bayi pra matang.Wad NICU dilengkapi dengan kakitangan yang terlatih, sistem bunyi amaran dan pemantauan, alat bantuan pernafasan, pemerhatian daripada pakar kanak-kanak dan diri anda sendiri.

Melihat alat-alat kelengkapan dalamNICU yang banyak kadang kala menakutkan kita. Ketahui fungsi-fungsi sesetengah mesin mungkin dapat menenangkan anda.


A. Sistem Amaran Bunyi Dan Pemantauan

Mesin pemantauan bergantung pada hospital dan wad NICU tersebut. Semua mesin merekodkan kadar degupan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah dan suhu.

B. Kaedah Bantuan Pernafasan

Bergantung kepada keperluan bayi pra matang tersebut.
i. Endotracheal tube - Tiub ini menyalurkan udara hangat dan oksigen.
ii. Ventilator - Ia juga dikenali sebagai alat bantuan pernafasan. Ia adalah mesin pernafasan di mana endotracheal tube disambungkan. Ia boleh memantau jumlah oksigen, tekanan udaran dan tarikan nafas.
iii. Continuous Positive Airway Pressure (C-PAP) - Kaedah ini digunakan untuk bayi yang boleh bernafas sendiri tetapi memerlukan sendikit bantuan mendapatkan udara ke paru-parunya.
iv. Oxygen hood - Ia adalah kotak plastik terang yang diletakkan pada kepala bayi dan bersambung pada tiub yang mengepam oksigen pada bayi.

C. Kaedah Memberi Makan


Ia bergantung pada keperluan bayi pra matang tersebut.
i. Intravenous lines - Kaedah ini menyalurkan keperluan makanan terus ke dalam saluran
darah. Ia sesuai untuk bayi pra matang yang mempunyai sistem penghadaman tidak matang dan tidak mampu menghisap, menelan dan bernafas dengan teratur.
ii. Umbilical catheter - Kaedah ini melibatkan tiub yang dimasukkan pada saluran tali pusat. Jangan risau ia tidak menyakitkan. Kaedah ini hanya digunakan pada bayi yang kritikal sahaja dalam masa beberapa minggu.
iii. Oral and nasal feeding - Kaedah ini memasukkan tiub sempit yang fleksibel menerusi hidung (nasogastric tube) atau mulut (orogastric tube). Kaedah ini sesuai untuk bayi yang bersedia menghadamkan susu ibu atau susu formula tetapi masih tidak boleh menghisap, menelan dan bernafas dengan teratur.

Penjagaan Kangaroo

Ia adalah kaedah meletakkan bayi pra matang pada posisi yang betul di dada ibu yang terdedah untuk membenarkan sentuhan perut ke perut dan meletakkan bayi di antara payu dara ibu.

Kepala bayi perlu berpaling agar telinganya berada di atas jantung ibu. Banyak kajian dilakukan menunjukkan faedah cara ini. Menurut Krisanne Larimer, penulis buku “Kangarooing Our Little Miracles”, penjagaan Kangaroo banyak membantu bayi pra matang dalam beberapa perkara :



Suhu Badan - Kajian menunjukkan ibu mempunyai aliran udara hangat yang boleh diselaraskan dengan bayi. Apabila bayi kesejukan, suhu badan ibu boleh menghangatkan bayi.

Penyusuan
- Penjagaan ini membenarkan bayi mudah mendekati payu dara dan sentuhan kulit ke kulit meningkatkan pengeluaran susu. Penyusuan menguatkan sistem imun bayi dan merapatkan hubungan ibu dan anak.
 

* Penyusuan yang terbaik hanyalah susu ibu. Hospital Rakan Bayi akan menggalakan ibu memerah susu untuk bayi khasnya bayi pramatang sebab kandungan susu ibu lebih baik berbanding susu formula. Jika si ibu mempunyai air susu banyak, digalakkan memicit atau gunakan pump untuk keluaran susu. Kalau korang nak tahu susu ibu yang disimpan boleh bertahan sehingga 12 bulan mengikut jenis peti sejuk yang diletakkan.
Ini kerana susu yang mengalami proses pembekuan dan penyahbekuan akan kekurangan antioksidan yang amat penting sebagai perlindungan kepada bayi. Senangkan?


a) Pada suhu bilik (19 hingga 26 °C) – boleh tahan sehingga 4 jam
b) Dalam cooler bag (kurang dari 4°C) – tahan dalam tempoh 12 – 24 jam.
b) Peti ais (1 pintu) – 2 minggu.
p/s: Setiap kali kita membuka peti ais 1 pintu, keseluruhan suhu peti ais akan berubah. Pastikan masukkan susu dibahagian dalam dan bukan di muka pintu untuk kurangkan perubahan suhu.

c) Peti ais (2 pintu) bahagian Chiller- Boleh bertahan sehingga 3 – 5 hari sebelum dibekukan. 24 jam selepas dibekukan dan dicairkan.
d) Peti ais (2 pintu) bahagian freezer – Boleh bertahan selama 3 bulan.
e) Deep freezer – Boleh bertahan 6 – 12 bulan.
Apabila anda telah mencairkan susu, gunakan dalam tempoh 24 jam



Meningkatkan berat badan
- Membolehkan bayi mendapat tidur lena yang cukup bagi memberi tenaga kepadanya. Peningkatan berat badan bermakna singkatlah masanya tinggal di hospital.

Penglibatan
Ibu Bapa
Bagaimana anda berdua dapat membantu bayi pra matang anda di NICU selain daripada penyusuan dan penjagaan Kangaroo?

Papa dan mama digalakkan untuk berinteraksi dengan bayi. Sebagai papa atau mama, mungkin anda tidak nampak bagaimana caranya untuk berinteraksi dengan bayi kecil yang berselirat dengan wayar, mesin dan berada dalam inkubator. Menariknya, ada beberapa cara yang boleh anda sempurnakan dengan jayanya :


A. Sentuh bayi anda sekerap mungkin. Lakukan ia dengan lembut atau gerakan perlahan.

B. Bercakap dengan bayi anda. Bayi akan terbiasa dengan suara anda dan boleh mententeramkannya.
C. Tukarkan lampin bayi.
D. Libatkan diri pada kali pertama bayi dimandikan. Ia bergantung pada perkembangannya, anda boleh menggunakan tuala basah atau span lembut semasa memandikannya.



* Penglibatan ini akan lebih mengeratkkan lagi antara si ibu dan anak (Bonding), walaupun bayi pramatang ini terpaksa tinggal di NICU dan berada dalam inkubator.

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top