Salam readers!!!
Kepada sesiapa yang tertunggu-tunggu BR1M 2.0, borang akan diedar dalam bulan ini (bulan oktober) jadi korang tak payah la risau ye.Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua ini juga dikenali sebagai BR1M
2.0 dan penerima bantuan diperluas kepada individu bujang berumur 21
tahun ke atas
Rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti syarat permohonan yang dinyatakan dibawah boleh memohon : Bantuan RM500
Individu yang masih bujang berumur 21 tahun ke atas : Bantuan RM250
KUALA LUMPUR – Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.“Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 di sini, hari ini.Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.
Lim berkata, isi rumah yang sudah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.Katanya, pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.
“Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali,” katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan terbabit. – BERNAMA
Borang boleh di dapati menerusi
- Kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri
- Pejabat Daerah dan Pejabat LHDN seluruh negara
- Lokasi yang terpilih
- Secara online
************************************
Jika ada informasi terbaru, Pjaz akan kemaskini di sini =)
Bye

















7 comments:
terimas untuk info ini! :)
@Sue PeLik sama-sama =)
yaa ada harapan tuk terima nih..... :)
Kaching!! Bunyi duit nak masuk tu..hi hi..good info dik...
@Karukord Jagau'saha,betul2 =)
@Si Matatajam betul tu kak, rezeki.... TQ kak =) sharing is caring :D
duit duit duit~~~
tangan dah gatal ni... haha!
Post a Comment