leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Sopan Suntun Ketika Konvokesyen
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!! Sekali lagi Pjaz nak ucapkan SELAMAT BERKONVO semua tak kira lah korang dari IPTA, IPTS.. dan ini bermakna lepas ni bermul...



Salam readers!!!

Sekali lagi Pjaz nak ucapkan SELAMAT BERKONVO semua tak kira lah korang dari IPTA, IPTS.. dan ini bermakna lepas ni bermulalah korang mencari pekerjaan..he..he..he..
sama la macam Pjaz, harap2 lepas konvo ni, HUSM panggil secepat mungkin, tak tahan dah kat rumah, cuti lama sangat..boring -.-

Tdi masuk2 dalam web konvo usm, tergodek2 la cari nama, jeng2 nasib baik jumpa..
klik untuk pencerahan ^__^

Ada tak dalam kalangan korang ni bakal2 graduan USM yang akan berkonvo september ni?
kalau ada kenyit mata..he..he..he 0.o

Ada orang tanya, macam mana etika pemakaian ketika hadir konvo? yang Pjaz tahu para graduan dan ibu bapa yang nak masuk dewan tu kena la pakai pakaian FORMAL kan. Takkan nak pakai jeans dan selipar maunya kne HALAU dari dewan tu..hehehhehehe

BACA ENTRI NI (pasal konvo jugak)

Ni pjaz ambil dekat web konvo USM berkaitan etika pemakaian dan peraturan di dalam dewan

PAKAIAN GRADUAN DAN KEKEMASAN DIRI

Graduan Lelaki


:88: Lounge suit
:88: Baju lengan panjang (warna cerah)
:88: Seluar panjang (warna gelap) - (seluar "jeans" tidak dibenarkan)
:88: Kot, tali leher, kasut kulit (warna gelap)

Atau pakaian kebangsaan (bersampin)

* Pakaian yang dilarang

:88: Pakaian kebudayaan, tradisional dan pakaian beruniform (polis, tentera, lain-lain)
:88: Elakkan memakai pakaian yang berwarna kuning diraja
:88: Selipar/sandal

Graduan Perempuan

:88: Pakaian berlengan panjang dan labuh melepasi lutut.
:88: Berkasut kulit dan kasut berwarna gelap (court shoes).
:88: Graduan berambut panjang perlu memastikan rambutnya diikat dengan kemas.

* Pakaian yang Dilarang

:88: Skirt singkat atas paras lutut
:88: Baju tanpa lengan
:88: Pakaian yang menjolok mata
:88: Pakaian warna kuning diraja atau terlalu terang
:88: Pemakaian barang kemas yang berlebihan tidak digalakkan
:88: Skirt yang berbelah terlalu tinggi
:88: Selipar/sandal
:88: Kasut tumit tinggi (ketinggian melebihi 2 inci)

Graduan berpakaian selain dari yang dinyatakan tidak akan dibenarkan memasuki dewan.

Pakaian Akademik

Semua Graduan Diwajibkan Memakai Pakaian Akademik
:88: Jubah (academic gown)
:88: Kalong (hood)
:88: Topi (mortar board)

******************************************

PERATURAN DALAM DEWAN
:84: Duduk di tempat duduk seperti tercatat pada kad nama graduan
:84: Tidak dibenarkan keluar sehingga sidang konvokesyen tamat
:84: Tidak dibenarkan membawa masuk beg, kamera, telefon bimbit dan lain-lain
:84: Tidak dibenarkan memasuki dewan jika datang lewat
:84: Tidak dibenarkan memasuki dewan jika tidak mematuhi peraturan berpakaian
:84: Sekiranya memerlukan bantuan atas kes kecemasan sila hubungi Marsyal bertugas
:84: OKU – sila laporkan kepada Marsyal bertugas

Masa Kemasukan Graduan ke Dewan

:84: Sidang Pagi : 7.45 – 8.30 pagi
:84: Sidang Petang : 1.45 – 2.30 petang [Sidang 4 & 8]
: 2.15 - 3.00 petang [Sidang 2 & 6

PENTING:98::98::98:

Jangan lupa jawab survey dan print dan bawa nanti masa korang sampai USM penang

:83: Kajian Pengesanan Graduan

:83: Kajian Perkhidmatan

p/s: baru ternampak Pjaz buat 'suntun' sepatutnya 'santun' tapi tak pelah..hehheheheh

Bye2

:83:

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top