leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Pemakaian Kanta Lekap Murah VS Mahal Mahu Cantik atau Inginkan Jimat Wang
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam Syawal readers!!! Belum terlambat Pjaz nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada para Blogger se-Malaysia semua =) kenapa tajuk entri ...

Salam Syawal readers!!!

Belum terlambat Pjaz nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada para Blogger se-Malaysia semua =)

kenapa tajuk entri PANJANG sangat tu?hehehe
korang ada dengar tak beberapa hari lepas kes seorang remaja yang beli kanta lekap murah nyaris buta. Sebenarnya dah banyak kes melibatkan kanta lekap ni, adakah salah beli kanta yang murah atau kurangnya penjagaan kebersihan kanta lekap berpunca dari kita sendiri???

Korang rasa?



Seorang pelajar kolej bengkak mata dan kabur pandangan kesan menggunakan kanta lekap murah yang mahu digayakan sempena Aidilfitri.
Malah, mangsa, Nabila Rosli, 18, terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk mendapat rawatan dan pakar mata yang ditemuinya mengesahkan, penggunaan kanta lekap tidak berkualiti menjadi punca dia mengalami masalah mata yang teruk.
“Saya bersama tiga lagi rakan membeli kanta lekap itu di Seremban pada harga kurang RM25 sepasang beberapa hari sebelum raya. Warna kanta lekap itu amat cantik dan sangat murah. Apabila dipakai, anak mata saya kelihatan berwarna kelabu.
“Pada mulanya saya pakai kanta lekap itu seperti biasa tetapi selepas bangun pagi pada Jumaat lalu, pandangan saya kabur dan mata terasa amat sakit,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Nabilah berkata, dia tidak menyangka perkara itu akan terjadi kepadanya kerana dia sering memakai kanta lekap yang mahal selain menjaga kebersihan yang disarankan.
Belanja RM500 rawat mata
“Mata bengkak teruk serta berair dan pakar mata turut mengesahkan ini disebabkan kanta lekap murah,” katanya yang hanya duduk di rumah pada Aidilfitri lalu kerana pandangan terlalu kabur.
Bapa mangsa, Rosli Palil, 45, berkata, beliau terpaksa berbelanja kira-kira RM500 untuk rawatan mata anak sulungnya itu dan hanya pada Sabtu lalu, penglihatan anaknya mula pulih sedikit demi sedikit.
“Dua hari dia seperti orang buta. Persoalannya adakah kanta lekap itu diluluskan Kementerian Kesihatan. Bagaimana ia boleh dijual berleluasa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pusat Mata dan Lasik Pusat Perubatan Prince Court, Prof Dr Muhaya Mohamad, berkata individu memakai kanta lekap perlu menjaga kebersihan kanta lekap dengan rapi dan teliti.
“Kebersihan adalah aspek paling penting dalam pemakaian kanta lekap kerana mata sangat sensitif dengan kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan kuman yang serius.
“Saya nasihatkan pengguna jangan cepat terpengaruh dengan harga murah kerana kebersihan dan kualiti kanta lekap berkenaan tidak terjamin,” katanya.

Mungkin jugak kanta lekap yang dia beli tu tak menjamin kualitinya, tapi ada jugak kanta lekap yang murah tapi kalau yang pandai pakai dan menjaga kebersihan dan megelakkan infeksi pada bahagian mata tak akan berlaku kan? Dan korang perlu tahu janganlah pakai kanta lekap jugak masa tido, ni sampai pagi ke petang sambung plak sampai ke malam pakai lens ni, mau nya tak sakit mata tu =)

Dulu-dulu nak beli kanta lekap kena pergi kedai cermin mata tu pun warna terhad je, sekarang masuk je dalam FB semurah RM 15 pun ada, nak warna pelangi pun ada..hehhehehehe
kalau nenek tengok maunya tak terkejut..hhaha

Kalau korang nak pakai sudah tentu boleh, tapi kena tahu cara2 penjagaan kanta lekap ni =)
Pjaz kongsikan sikit penjagaan kanta lekap ni :

TIPS PENJAGAAN KANTA LEKAP

:61: Basuh tangan dengan air suam dan sabun sebelum kendalikan contact lens atau sebelum sentuh mata anda. sebarang kesan daripada losyen, sabun atau bahan kimia yg boleh melekat pada contact lens akan menyebabkan kesakitan, kepedihan atau penglihatan yg kabur apabila contact lens berada dalam mata. so, keringkan tangan anda dengan towel yg bersih dulu.


:61: Bersih kan bekas contact lens anda selepas setiap kali digunakan. bersih kan dengan menggunakan solution contact lens. jangan guna air paip sebab kandungan pH tak sama. lepas basuh, biarkan ia kering.


:61: Jangan sesekali gunakan air paip padacontact lens. pastikan hanya gunakan solution lens.


:61: Bersihkan contact lens anda dengan menggosok perlahan-lahan dengan jari telunjuk anda di tapak tangan. sekarang dah ada solution contact lens yg 'no rubs'. makna nya anda hanya bilas contact lens tanpa perlu menggosok.


:61: Jika anda alami sebarang kepedihan atau kegatalan, tanggalkan contact lens dan berhenti dari memakainya sehingga anda bercakap dengan doktor mata anda.


:61: Jangan sesekali pakai contact lens orang lain, terutamanya jika telah dipakai sebelumnya. guna contact lens orang lain boleh sebarkan apa-apa jangkitan atau zarah dari mata mereka dengan anda.


:61: Pakai contact lens boleh sebabkan mata anda menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari. pakai cermin mata gelap dengan jumlah perlindungan UV atau topi tepi luas apabila dibawah cahaya matahari.


:61: Jangan tidur dengan contact lens di mata anda. ketika mata ditutup, air mata tak dapat bawa oksigen yg sihat dengan mata, seperti semasa waktu terjaga.


:61: Pakai contact lens terlebih dahulu sebelum pakai mekap untuk mengelakkan daripada mencemari lens. manakala, keluarkan contact lens dahulu sebelum menanggalkan mekap.


:61: Jangan biarkan hujung botol solutions tersentuh permukaan lain, termasuk jari, mata atau contact lens. solutions mungkin booleh tercemar.

Senang je kan? jangan sampai terkena infeksi. Kalau dah terkena sakit tau, Pjaz ada lihat pesakit yang sampai bengkak mata akibat ni la. Masa buat 'eye irrigation' memang sakit.

Sape2 yang pernah ada pengalaman pakai lens ni atau yang mengalami eye infection akibat pakai lens ni, share la yer =)

SELAMAT HARI RAYA

Bye2





About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top