leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: Tips Melancong di Bandung Part 2
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!! Hari ni Pjaz nak kongsi sket tips ke bandung dan jakarta part 2. Sekarang ni malas sangat nk update, buat bisnes raya kat...
Salam readers!!!

Hari ni Pjaz nak kongsi sket tips ke bandung dan jakarta part 2. Sekarang ni malas sangat nk update, buat bisnes raya katakan sekarang..hehehhe. Bila nk bagi tips ni ingat balik mase shopping kat sana, wah!!bestnye kalau dapat pergi lagi.. Tiket pjaz dah beli bulan lepas tapi untuk tahun depan, harap2 dapat cuti la tahun depan tiket dah beli ni..he..he..he..

Tips Ke Bandung Part 1

Hari tu pjaz ada share pasal

:59: Tukaran wang, penginapan, pengangkutan, simcard, barang kemas dan iterinary.


Pjaz nak sambung and share lagi tips Bandung untuk memudahkan perjalanan nanti. Hopefully dapat lah tolong korang sikit walaupun pjaz pun taklah biasa sangat dengan selok belok kat bandung.
:81: Shopping

Kalau datang sini tak sah kalau tak shopping. Laki ke pompuan ke mesti WAJIB shopping sini kan? lagi-lagi harga memang meletoop dari biasa.. korang boleh bayangkan tak jeans LEVIS original pun memang murah giler kat sini... tempat yang korang wajib pergi jeng..jeng..
:81: Pasar Baru

Pasar yang penuh sesak setiap hari!!!! Pjaz difahamkan kalau hari minggu memang sesak kat Bandung ni sebab warga dari kota jakarta akan pulang cuti ke kampung a.k.a bandung. jadi kadang-kadang harga pun boleh berubah, kalau hari biasa boleh la dapat 'harga pas' maknanya diskaun la tu.. memang tak puas shopping kat sini, nak baju, seluar, kain sembahnyang, kain ela sulam, batik, kain baju melayu, kain baju pengantin, kain lace, jubah dll memang semua ada kat sini. Dari tingkat 1 hingga tingkat 6. 1 hari pusing pun memang tak terjangkau, pjaz datang pasar baru dua hari berturut-turut sebab hari pertama datang tak sempat shopping.. Waktu niaga diorang dari 9.00-5.30 petang sahaja, malam tak ada ye..hehhehe


Setiap tingkat atau lantai ada bahagian A,B,dan C, korang jangan tersesat sudah la yer. Kalau korang nak beli kerepek atau aneka manisan lantai dasar yang paling bawah. Kalau kat sini kerepek yang paling popular PISANG KEJU, PISANG BOLLEN rugi kalau korang tak beli, kat Malaysia mana ada benda camtu. Semua berasaskan KEJU!!!! murah plak tu :D

Satu tips lagi, katakanlah korang nak beli seluar atau baju, korang tanya la dulu harga berapa, then mintak diskaun sampai berapa dia boleh bagi. kalau korang tak puas hati lagi try la mintak diskaun lagi sampai target harga korang nak, kalau tak boleh korang bagtau je, nk pergi kedai lain konfem tuan kedai tu panggil korang balik dan dia akan bagi harga korang nak tu..he..he..he.. :D
Pjaz buat camtu dapat 70% dari harga asal..hahahhaha

Satu lagi, kalau korang nak beli keychain kat pasar baru ni atau apa-apa barang2 cenderahati, jangan pegang tau kalau diorang bagi tengok nanti dikira jual, pjaz dah kena, tak pasal2 kena bayar keychain harga 30000rp, padahal tak nak beli pun -.-
:81: Factory Outlet

Kalau malam, tempat bershopping paling best kat Factory Oulet, barangan original tapi direject, kualiti masih lagi bagus. suka shopping kat sini, nak shopping kat sini sediakan duit banyak-banyak tau, rambang bijik mata :D

Kalau nak senaraikan FO kat sini mmg banyak yang paling popular,semua tempat ni kat jalan DAGO...
:81: Granade
:81: Rumah Mode
:81: Heritage
:81: Donatello- Syurga kasut, nak cari kasut yang 'rare' pun boleh ..he..he..he
:81: Cimpelas Walk- sama mcm Bukit Bintang kat KL tu la, nak share gambar pun x de, terdelete dlm hp mmg stress -.- wajib bergambar dengan Ultraman gergasi..heh..he..he..
:81: Cibaduyut- Barang kulit memang tip top =)
:81: Kartika sari- Kat sini korang wajib datang tau, kedai bakeri terbaik di bandung, yang paling femes brownies, kueh, pisang bollen dan aneka bollen yang lain, macaroon pun ada tau :D



Trans Studio Bandung- Kalau korang sempat datang la sini, sama mcm USS je.. bayaran dalam rm50, kalau pjaz baik shopping baju..he..he..he..

Tangkuban Perahu

Tempat ni sangat sejuk, lebih sejuk dari cemeron highland, duk kat sana 1-2 jam fuhh nyaman rasa.Harga masuk sini 50000rp setiap orang lebih kurang rm 15 la, murah jer. kalau korang nak baju sejuk yang comel, berbulu meh la datang sini. tak rugi pun.. PALING PENTING!!! jangan beli belerang yer, nanti kena sekat ngan security kat airport. Kalau korang nak beli buah straberi atau buah beri yang lain hati-hati skit yer :D
Pjaz difahamkan dulu sekitar kawah kat bawah boleh turun, tapi sekarang dah tak boleh dah, boleh tengok dari atas je.. :D



:81: Ciater Hot Spring- Berdekatan dengan tangkuban perahu, nyaman dan tenang.. =)

Kat Bandung dan Jakarta makanan dia memang best dan sesuai dengan tekak ni.. kalau desert wajib ada keju, mugkin keju kat sini murah kot =)
makanan yang wajib korang cuba kalau datang sini na
nti :


:29: Teh botol- Indon je ada tau :D:29: Nasi padang:29: Tauhu impit:29: Bakso:29: Pecal:29: Sate
p/s: kalau kat pasar baru, gerai makanan ada kat tingkat 6, semua sedap!!!


Sekian saja tips bahagian ke2 dari pjaz,

Insyaallah esok pjaz update tips yang terakhir =)

Bye2..



:125:

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top