leaderboard2 denaihati Banner



 

cik pjaz cik pjaz Author
Title: LEE CHONG WEI, PANDELELA OLAHRAGA DAN OLAHRAGAWATI 2011
Author: cik pjaz
Rating 5 of 5 Des:
Salam readers!!! KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun, Pandelela Rinong dinobatkan sebagai Olahraga...
Salam readers!!!

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun, Pandelela Rinong dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2011 atas pencapaian cemerlang mereka pada kejohanan peringkat dunia tahun lepas.


Chong Wei dan Pandelela masing-masing menerima wang tunai RM20,000.

Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini, malam ini.

Chong Wei, 29, dijulang sebagai Olahragawan Kebangsaan buat kali ketiga setelah beliau menerima anugerah itu pada 2005 dan 2008.

Walaupun sudah menjangkau usia 29 tahun, namun beliau masih unggul di persada sukan antarabangsa apabila terus memegang rekod sebagai pemain nombor satu dunia selama 40 bulan dari 2008 hingga Disember 2011, selain menjadi juara tujuh kejohanan antarabangsa, enam daripadanya kejohanan Siri Super dan Siri Super Premier.

Antara pencapaian terbaik beliau adalah muncul juara All England Super Series Premier, Kejohanan Super Series Finals di Taipei, Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Terbuka Indonesia tahun lalu.

Pemain yang diharap untuk memungut emas pertama negara di Sukan Olimpik London, Julai nanti turut menghadapai saingan sengit daripada atlet lain dalam merangkul anugerah tersebut.

Sementara itu, Pandela, 18, mencipta sejarah apabila dijulang sebagai Olahragawati buat kali pertama dengan mengenepikan ratu skuasy, Nicol Ann David yang turut memegang rekod untuk anugerah tertinggi buat atlet itu selama lapan kali.

Perenang dari Sarawak itu menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia apabila menyumbangkan pingat emas dalam acara individual 100 meter platform kepada negara semasa Sukan Sea ke-26 di Indonesia, November lepas.

Walapun hanya berusia 18 tahun, namun Pandela tidak kenal erti putus asa sehingga banyak mencipta kejayaan di persada antarabangsa, termasuknya adalah meraih pingat perak dalam acara individual 100 meter pada Siri Pertama Kejohanan Terjun Dunia FINA di Russia dan Sukan Universiti Dunia di Shenzen, China, pingat gangsa dalam acara individual 100 meter pada Siri Kedua Kejohanan Terjun Dunia FINA di Beijing, China dan pingat perak untuk acara 10 meter platform seirama di Sukan Universiti Dunia tahun lalu.

Selain itu, kejayaan buat pertama kali pasukan memanah kebangsaan memenangi pingat emas pertama di Asian Championship tahun lepas melayakkan pasukan itu merangkul Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan 2011.

Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan pula menjadi milik pasukan renang berirama dengan hasil kejayaan mereka memungut emas pada sukan Sea ke-26, Indonesia.

Kedua-dua pasukan berkenaan masing-masing turut membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 atau RM20,000 seorang.

Senarai pemenang Anugerah Sukan Negara 2011:

:63: Olahragawan Kebangsaan – Datuk Lee Chong Wei

:63: Olahragawati Kebangsaan – Pandelela Rinong

:63: Pasukan Lelaki Kebangsaan – Skuad Memanah Negara (Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin)

:63: Pasukan Wanita Kebangsaan - Renang (Katrina Ann Abdul Hadi, Png Hui Chuen, Lee Zhien Huey, Yeo Pei Ling, Tan May Mei, Mandy Yeap Mun Xin, Tasha Jane Taher Ali, Gan Zhen Yu, Lee Yzhing Huey, Emanuelle Mah Thil Da0

:63: Olahragawan Paralimpik Kebangsaan – Allahyarham Muhamad Salam Sidik

:63: Olahragawati Paralimpik Kebangsaan – Hemala Devi Eni Kutty

:63: Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan

:63: Jurulatih Wanita Kebangsaan – Rosniza Abu Bakar

:63: Anugerah Kepimpinan Sukan – Datuk Seri Kee Yong Wee

:63: Anugerah Tokoh Sukan – Tiada

:63: Anugerah Khas – Shaharudin Jaffar


Tahniah buat semua pemenang, Jadikan ini sebagai pembakar semangat untuk atlet yang baru =)


" Majulah Sukan Untuk Negara "


Bye2

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top